Berita palsu cemar imej parti
PUTRAJAYA - Parti Generasi Baru bakal mengambil tindakan undang-undang
terhadap pihak media TV3, Utusan Malaysia dan Bernama berhubung
penyiaran berita fitnah terhadap kepimpinan tertinggi parti itu.
Setiausaha Agungnya, S Gobi Krishnan berkata, tindakan sama juga akan
diambil terhadap Kumar Aaman yang merupakan ahli biasa Parti Generasi
Baru yang cuba merampas dan mencemarkan nama baik parti itu.
“Perkara-perkara ini kita akan bincangkan dan buat keputusan menerusi
mesyuarat majlis tertinggi yang akan diadakan dalam masa terdekat.
“Kita juga akan membuat satu laporan polis dan tindakan undang-undang
terhadap Mohamad Zaini Jaafar kerana cuba menyamar sebagai ahli parti
dan pemangku setiausaha agung parti ini,” katanya pada sidang media,
semalam.
Sebelum ini, kepemimpinan asal Parti Generasi Baru (NewGen Party)
mendakwa partinya telah dirampas Mohamad Ezam dan Timbalannya, Datuk
Seri Khairuddin Abu Hassan dengan menukar nama parti itu kepada Parti
Bebas Rasuah (PBR) seperti yang diumumkan awal bulan ini.
Selain itu, terdapat laporan polis dan aduan dibuat kepada Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk jalankan siasatan berikutan
pelanggaran Perlembagaan parti dan undang-undang agensi itu.
Mengulas lanjut, Gobi berkata, Mohamad Ezam dan Khairuddin adalah
pengerusi dan timbalan pengerusi parti yang sah yang telah dipilih
secara rasmi di dalam mesyuarat majlis tertinggi yang diadakan pada 11
Mac lalu.
“Keputusan ini kemudiannya telah disahkan di dalam Mesyuarat Agung Khas
parti yang telah dihadiri ke semua ahli jawatankuasa (AJK) parti pada
30 Mac lalu.
“Perkara ini telah pun dikemukakan secara rasmi kepada pihak Jabatan
Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan dikemas kini dalam sistem EROSES serta
diterima sebagai AJK terkini yang sah,” ujarnya.
Beliau berkata, tuduhan bahawa berlaku pecah amanah terhadap urusan kewangan parti itu juga adalah tidak berasas.
“Segala urusan kewangan parti adalah teratur dan tidak wujud sebarang salah laku terhadapnya.
“Untuk makluman, laporan penyata kewangan terkini parti telah pun diaudit dan disahkan oleh pihak ROS,” katanya.
Menurutnya, tidak wujud jawatan presiden dalam parti sebelum ini
memandangkan Perlembagaannya dirangka di mana hanya wujud jawatan
pengerusi.
“Pengakuan Kumar sebagai presiden parti adalah menyalahi undang-undang
parti dan ini jelas menunjukkan beliau tidak faham perlembagaan parti
ini.
“Bagaimana pun jawatan presiden hanya diwujudkan kembali di dalam
pindaan Perlembagaan parti yang dilakukan baru-baru ini di Mesyuarat
Agung Khas yang mendapat kelulusan RoS. Pindaan ini juga termasuk
penukaran nama parti,” jelasnya.
6 orang berkata:
Dulu mengatakan orang parti anak beranak.....skarang kena pada parti sendiri tak terkata ape.
Asalkan jgn jd parti politik yg jadikan Islam sbg alat dagangan utk cari makan.
Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...
Terlungkup la pas kali ni.
Eksen sangat.
Dulu pr bantu pun lingkup, ada hati nak menang sorang2. Tergolek la kau.
Ini perkara biasa bagi parti baru & nak lawan UMNO/BN . Ingat mudah ke nak lawan Najib ??? Yg mudah bila berkawan atas dasar politik matang macam PAS , buat perhimpunan ke apa ke x ada masalah dah sekarang ini .
Post a Comment