Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS HARAP SANGAT-SANGAT SUPAYA PKR SERANG PAS HABIS-HABISAN

HARAP-HARAP PKR TUNJUKKAN JANTAN MEREKA
SUPAYA SERANG PAS SAMPAI LUNYAI
TERUTAMA AZMIN ALI,RAFIZI, SAIFUDDIN NST: DAN LAIN-LAIN

-Pak Karamu-



Pas bakal 'diserang' di Konvensyen PKR P Pinang?
Dr Afif Bahardin
Dr Afif Bahardin

ALOR SETAR - Pas mungkin akan menerima 'balasan' apabila pemimpin PKR berhimpun di Pulau Pinang untuk konvensyen parti negeri, esok.

Ketua Penerangan PKR Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berkata, rata-rata pemimpin PKR semakin kecewa dengan 'serangan' dan kelantangan suara perwakilan yang mengkritik parti itu di Muktamar Pas yang kini sedang berlangsung di Alor Setar.

"Sudah tentu pemimpin kita akan menangani isu ini. Kita berasa tersinggung.

"Apa yang mereka katakan mengenai kita adalah tidak wajar. Kita mahu melawan Umno dan BN, musuh kita bukan Pas," katanya dipetik mStar.

Merujuk kepada hasrat Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR, Dr Afif berkata tiada satu pun parti yang dapat melakukannya secara bersendirian dan kemenangan hanya dapat diraih dengan cara bergabung.

Dr Afif yang juga Adun Seberang Jaya berkata, pemimpin Pas perlu menangani isu-isu seperti ekonomi dan masalah sosial, bukan menyerang rakan-rakan parti pembangkang.

Pemimpin yang dijadualkan berucap pada konvensyen itu termasuk Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Datuk Seri Azmin Ali, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Agung Datuk Saifuddin Nasution.

Konvensyen PKR negeri akan berlangsung menjelang kongres kebangsaan parti itu pada bulan depan.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Kita tunggu pru la pak karam. Tunggu undi rakyat pada parti syiah pimpinan ayatollah hadi. Masa tu baru kita tau siapa serang siapa.

Anonymous said...

Tak payaj pkr serang pun pas dah nak karam. Pas akan karam oleh sikap ahlinya sendiri.

Anonymous said...

Jahannam pas.
Putus putus putus...
Tak juga putus.
Sebenaqnya pondan

Anonymous said...

Pas cam hempom nokia 3310 dah habis bateri. Bole buang kat longkang.

Anonymous said...

Puak Pas tak sedar. Tiap-tiap tahun jumpa Iranian Shia Organisation
Kesian yang Perasuah dunia dan Pembunuh
Ahli Sunnah teramai dunia yang Pas suka berkawan.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.