Azmin jaga Perak untuk menang PRU
IPOH - Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan
Perak sebagai negeri angkatnya dalam usaha memastikan kerusi yang
tandingi PKR di negeri ini dimenangi pada PRU14 nanti.
Beliau berkata, bantuan akan diberikan dalam pelbagai bentuk seperti
latihan kepada petugas, penyediaan risalah yang mengandungi maklumat
mengenai dasar parti serta kejayaan-kejayaan negeri-negeri di bawah
pimpinan Pakatan Harapan.
Menurutnya, Perak mempunyai potensi yang besar untuk dikuasai Pakatan Harapan dengan kerjasama politik bersama Pas.
"Saya ingin menyatakan bagi pihak PKR, saya akan ambil Perak sebagai negeri angkat saya.
"Bermula pada hari ini, saya akan pastikan setiap kawasan yang diwakili
PKR bersiap sedia dari segi logistik, dari segi struktur dari segi
jentera, kita mesti menang," katanya ketika berucap pada Konvensyen PKR
Perak, di sini, hari ini.
Hadir sama merasmikan konvensyen berkenaan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pimpinan PKR Pusat serta negeri.
7 orang berkata:
Amiin. Semoga PH dapat tawan Perak dan beberapa negeri lain.
Klu perjuangan tu jujur kerana agama dan rakyat, inshaAllh. Kalau berjuang untuk audi, velfire, range rover, mb, exco, mintak maaf la...
Aninn.
Azmin jaga perak. Hussam jaga kelantan. Mukhriz jaga kedah. Muhyidin jaga johor.
Pas jaga kapal karam.
Pan jahanam, pan jahanam tiba2 pas yg jahannam. Peringatan Allah supaya jgn jahanamkan orang islam. Allah tak redha kita jual agama untuk politik q7 dan velfire.
Aku orang perak mengundi di selangor tinggal di putrajaya dan bekerja di KL.
Cukup2 lah PKR.. bagi aku pkr dan ph seolah2 memejam mata kepada Islam tapi membuka luas2 mata ke Putrajaya semata2.Perak jatuh juga akibat kecurangan adun pkr. Harap warga perak berfikir dengan pertimbangan iman sebelum mengundi...
Mimpi basah lagi PKR nih....syok sendiri la tu
Yg penting undi mereka yg nak ganti kan UMNO . Takat nak menang 40 ke 80 kerusi tapi masih pembangkang atau nak jadi penasihat saja x payah lah . For 30 years ikut PAS lawan UMNO ...dalam keadaan pontensi nak menang ....p bagi UMNO peluang lepas tu abis semua kawan2 dulu nak lawan .
Post a Comment