KITA TUNGGU, JANGAN TAK JADIK !
-Pak Karamu-
Dana 1MDB: Rafizi sahut cabaran Pas
SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli akan memberi bukti minggu
ini berhubung dakwaan beliau sebelum ini yang mengatakan orang rapat
dengan pimpinan Pas menerima wang 1Malaysian Development Berhad (1MDB).
Malah, ujarnya , beliau akan membuat laporan berhubung isu itu kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada minggu yang sama.
"Insya-ALLAH minggu ini," katanya kepada Sinar Online hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas cabaran Ketua Penerangan Pas
Terengganu, Mohd Nor Hamzah yang mencabar Rafizi agar membuktikan
tuduhannya itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas Terengganu cabar Rafizi dedah tuduhan]
Memetik kenyataan Mohd Nor, beliau berkata Rafizi sengaja mengada-adakan cerita berhubung dakwaan berkenaan.
“Dengan menyebut ‘orang yang rapat’ dengan pimpinan Pas sahaja, adakah
berkualiti fitnah itu? Jika benar sekalipun ‘rapat’, adakah rakan
rapatnya juga terpalit kalau seseorang itu berbuat onar?” soalnya lagi.
3 orang berkata:
Kenapa tak sabar, tunggulah? Bila dah keluar barulah ulas. Jangan risau kalau tak bersalah atau terlibat.
Kejantanan dia mmg lambat panas, kena ontok2 dulu
Bila Rafizi dah buktikan nnt jgn pulak walaun2 biol menghalalkan pulak rasuah. Sebab parti lebai hancing dah disuap dedak haram 90juta duit songlap rakyat. Haram tetap haram.
Post a Comment