Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RAFIZI PUNCA PAS PKR RUNCING, ADA TUJUAN POLITIK

 
 SEJAK LANGKAH KAJANG YANG DICIPTA
OLEHNYA MAKA BERMULALAH KERETAKAN
DIANTARA PAS DAN PKR. MUNGKIN ADA TUJUAN
POLITIK SUPAYA PKR TERSUNGKUR

WALAU APAPUN DIA TETAP JUGA AKAN DIPENJARAKAN DISEBABKAN TERLALU 
FITNAH YANG DILAKUKANNYA


-Pak Karamu-
 
 
Provokasi politik kotor Rafizi perlu dihentikan
Rafizi
Rafizi Ramli. - Foto Sinar Harian
 
KOTA BHARU - Provokasi politik kotor yang dibuat Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai tuduhan Pas menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu dihentikan segera.

Naib Ketua Pemuda Pas Kelantan, Mohd Arif Abdullah berkata, tuduhan yang tidak berbukti itu sebenarnya hanya mainan politik parti tertentu untuk memecah-belahkan kepercayaan penyokong kepada parti Islam itu.

Malah, beliau memberitahu, ini bukan kali pertama pemimpin itu cuba memburukkan nama Pas dengan mengaitkan dengan pemberian dana, sekali gus membuktikan ia hanya sengaja dibuat untuk menimbulkan persepsi negatif kepada parti itu.

“Ini bukan kali pertama, dah masuk tiga kali tuduhan yang hampir sama dilemparkan kepada Pas. Jelas bahawa motif sebenar mereka adalah untuk menghakis kepercayaan penyokong kepada Pas. Memang pada mulanya isu ini dimainkan, penyokong mungkin agak gusar.

“Namun kini setelah pelbagai kenyataan berbeza dikeluarkan dengan isu yang hampir sama, saya yakin penyokong sedar, mereka sudah kenal, sudah tahu dan akan menolak perkara tersebut. Mereka tahu siapa yang berada di pihak yang benar,” katanya kepada media di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai tindakan Rafizi yang mendakwa Pas menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Individu yang menerima dana itu dibayangkan sebagai bekas pemimpin kanan Pas.

Bagaimanapun, sehingga kini identiti tersebut masih belum didedahkan.

Menurutnya, tindakan putar belit isu, dan percanggahan dalam isu dana tersebut amatlah dikesali dan ia dilihat sebagai langkah untuk memburukkan nama Pas sebagai parti yang memperjuangkan Islam di negara ini.

"Pemuda Pas yakin, dengan perjuangan yang dibawa sehingga kini, penyokong masih istiqamah dan memberi sepenuh kepercayaan kepada parti itu berbanding terus bermimpi dalam dunia ciptaan mereka yang tidak berpuas hati dengan Pas," katanya.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Pas cepat2lah berambus dari Selangor. Parti melukut buat semak je. Ada tak menambah, pergi tak berkurang.

Anonymous said...

Pas bukan parti melukut di selangor. Yang melukut tu parti yang tak ada semasa pru13. Alih dah nk duduk di selangor..

Anonymous said...

Apa kata pembawa berita karut no 1 malaysia. Hari tu kata seseorang yang rapat dengan pemimpin pas dapat dana 1mdb. Hari ini kata bekas pemimpin pas pulak... lidah bercabang.. ini la jenis orang yang puak haramjadah sanjung..

Anonymous said...

Tunggulah macamana aliran duit dari akaun bekas pemimpin mengalir ke akaun pemimpin yang ada. Lepas tu bolehlah belit2 lidah.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.