Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

RENTETAN CERITA RAFIZI SPRM PECAH LOBANG ?

MAKLUMAT BOCOR DAN DIBOCORKAN OLEH 
ORANG DALAM KEPADA ORANG POLITIK  ?

IA MENJADI ISU MENYIMPAN RAHSIA
DAN KERAHSIAAN KERAJAAN ?

DALAM RAMAI YANG MENERIMA DANA MAKA 
NASA YANG MENJADI PRIORITY RAFIZI
SEHINGGA HEBOH SATU NEGARA.
MUNGKIN ADA MOTIF POLITIK ?

POKOKNYA ISU INI SEPATUTNYA RAFIZI
PERLU BUAT LAPORAN TERHADAP NAJIB KEPADA POLIS ATAU KEPADA SPRM SENDIRI, TAPI YANG DIA NAMPAK SANGAT-SANGAT TERHADAP NASA.

BERERTI BERITA DARI SPRM KEMUDIAN BUAT LAPORANG JUGA KEPADA SPRM  ?

JIKA DEMIKIAN SPRM LA NI DALAM PANAS ????

-Pak Karamu- 

Rafizi desak Nasharudin letak jawatan penasihat SPRM
Rafizi desak Nasharudin letak jawatan penasihat SPRM
Rafizi bersama pemimpin Amanah dan DAP membuat laporan di ibupejabat SPRM, Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA - Selepas mendedahkan bekas Timbalan Presiden Pas, Datuk Dr Nasharudin Mat Isa yang didakwanya menerima dana daripada syarikat pembangunan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli membuat laporan terhadap isu tersebut kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Beliau hadir ke ibu pejabat SPRM di sini, kira-kira jam 12 tengah hari, ditemani bekas pemimpin DAP, Ronnie Liu dan Pengarah Strategi parti Amanah, Datuk Dzulkefly Ahmad.

“Dari segi maklumat, SPRM sudah mempunyai maklumat, iaitu wang daripada akaun  SRC International masuk ke dalam akaun Perdana Menteri.


“Daripada akaun Perdana Menteri, wang itu dimasukkan ke dalam akaun peguam sebelum dipindahkan ke akaun beberapa penerima lain dan salah seorangnya, Datuk Nasharudin,” katanya kepada pihak media.

Beliau turut memetik kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali daripada sebuah laporan media tempatan yang menyatakan siasatan terhadap bekas salah sebuah anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd masih lagi berjalan.

“Oleh itu, saya teruskan membuat akuan bersumpah semalam dengan (merujuk) kenyataan Peguam Negara ini, bermakna tidak ada sebarang alasan untuk mempercepatkan siasatan kes ini,” katanya.

Selain Nasharudin, Rafizi meminta SPRM untuk menyiasat individu atau pihak lain yang dipercayai menerima wang daripada 1MDB juga.

Beliau turut meminta Nasharudin untuk meletakkan jawatan sebagai salah seorang ahli panel penasihat SPRM kerana bimbang berlaku konflik kepentingan dalam siasatan kes berkenaan.

“Demi menjaga nama baik SPRM, beliau perlu meletakkan jawatan,” tegasnya.

Kelmarin, Rafizi mendedahkan perkara ini setelah mendapat maklumat selepas bertemu dengan seorang kenalannya iaitu seorang bekas pegawai kanan SPRM yang mengetuai siasatan berhubung dana 1MDB dan penglibatan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam skandal itu.

4 orang berkata:

Anonymous said...

Nasa dlm panas. Pas demam panas. Duit itu syubhah. Makan duit syubhah dosa.

Anonymous said...

Eloklah bocor. Klu x bocor rakyat x tau mana duit cukai yg dia bayor tu pergi. Sekarang sudah tau.

Anonymous said...

Bila dah bocor baru kita tahu ada ahli pas pun boleh tahan jugak. Aku ingat alim. Rupanya alim taik kucinh

Lan said...

Nampak x sekarang ni dengan jelas ? Bila kena batang hidung PAS terus di bangkitkan soal kerahsian kakitangan kerjaan yg mendedahkan peyelewangan @ salah laku kepada ahli politik . Walaupun kesalahan tapi rahsia x boleg di bocorkan . Wow ...hebat islam PAS sekarang ini . Nampak kan sekarang ????

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.