Dana RM90 juta: Pas sedia 10 orang saksi di UK
SHAH ALAM - Pas mendedahkan bahawa pihaknya kini mempunyai seramai
kira-kira 10 orang saksi di United Kingdom bagi memberi keterangan di
mahkamah berhubung kes saman terhadap Sarawak Report.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, selain itu,
pihaknya juga sedang giat membuka persiapan bagi mengumpulkan
saksi-saksi di Malaysia untuk turut sama membantu memberi keterangan di
mahkamah berhubung kes tersebut.
“Pada masa ini, kita tengah senaraikan saksi-saksi yang terdiri
daripada rakyat Malaysia dan United Kingdom untuk bantu beri keterangan.
“Di dalam mahkamah, saksi-saksi ini kadang-kala dipanggil dalam bentuk
keterangan bertulis, affidavit dan sebagainya,” katanya ketika dihubungi
Sinar Harian.
Sebelum ini, Sarawak Report mendakwa pemimpin atasan Pas telah menerima
RM90 juta yang dimasukkan ke akaun pihak terbabit sebagai salah satu
usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menarik
kepimpinan parti Islam itu supaya menyokong BN dan Umno.
Susulan itu, Pas memaklumkan bahawa peguamnya di United Kingdom telah
menghantar surat tuntutan pada 13 Disember tahun lalu kepada Sarawak
Report yang mengandungi tiga tuntutan.
Antara tuntutan yang dinyatakan sebelum ini adalah supaya Sarawak
Report menarik balik artikel bertarikh 6 Ogos 2016, membuat permohonan
maaf mengikut terma yang dipersetujui oleh Pas dan pihak berkenaan perlu
memberi jaminan untuk tidak menyiarkan tuduhan palsu pada masa akan
datang.
Dalam pada itu, Takiyuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Bharu
memaklumkan bahawa kes tersebut mempunyai tempoh masa selama enam tahun
untuk tindakan saman dan pihaknya sedang dalam proses ke arah tersebut.
“Saya minta pihak-pihak yang menekan Pas supaya mengambil tindakan
saman ini agar tidak perlu bimbang kerana kita tetap dengan pendirian
untuk ambil tindakan tersebut.
“Bila ia (saman) akan dilaksanakan, itu terpulang kepada peguam,” katanya.
Buat masa ini, Takiyuddin berkata, pihak peguam juga sedang dalam
proses untuk mengkaji tentang kesan dan impak diatas tindakan saman yang
akan di ambil tersebut.
Tambah beliau, Pas sentiasa membincangkan mengenai isu berkenaan dalam
setiap Mesyuarat Pas Pusat malah hasrat untuk menyaman Sarawak Report
juga telah dinyatakan sejak petengahan Disember tahun lalu lagi.
“Pada pertengahan Disember lalu, kita telah nyatakan hasrat kita untuk saman pihak berkenaan.
“Tapi bilakah sama itu akan diambil masih belum dinyatakan kerana
pelbagai persiapan seperti dokumentasi, saksi dan sebagainya perlu
dilengkapkan terlebih dahulu sebab kita perlu buktikan pada mahkamah
tentang kes ini,” katanya.
3 orang berkata:
17 ogos 2016 kemain cakap nak saman SR tapi sampai sekarang masih dingdong main drama. Ntah2 dedak rm90juta yg masuk melalui affin bank tu dah habis dibaham. Byk drama la pak lebai pas ni. Pemimpin parti agama pun baham dedak dah jadi haiwan tunggangan mcm baghal.
Saman dulu. Baru cerite. Ok
Parti lebai pondan mana berani nak saman.
Post a Comment