PENGURUSI PARTI BERSATU TIDAK
SOKONG RUU355
ORANG ISLAM KENA NILAI BALIK
PARTI BERSATU SEBAB
MENENTANG RUU355
-Pak Karamu-
RUU 355 hanya pecah-belahkan umat Islam
SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr
Mahathir Mohamad berpendapat bahawa usul Rang Undang-undang (RUU)
Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 telah
memecah-belahkan umat Islam di negara ini.
Menurut beliau, dalam negara yang berbilang kaum ini, setiap pihak
seharusnya sensatif terhadap agama-agama lain kerana Islam menekankan
agar umatnya menghormati agama lain.
"Jadi kita tak boleh buat sesuatu untuk memaksa orang merasa takut pada
Islam itu sendiri," katanya kepada pemberita selepas Program Hardtalk
yang diadakan di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, malam tadi
[ARTIKEL BERKAITAN: Bila tangguh, maknanya Pas kerja lebih keras
Dalam pada itu, Mahathir memaklumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak telah memberi sokongan terhadap RUU 355 bertujuan bagi
mendapatkan sokongan daripada Pas.
Namun begitu, Mahathir yang juga merupakan bekas Perdana Menteri turut
mendakwa Najib juga sebenarnya berada dalam keadaan bimbang berikutan
kehilangan sokongan daripada pihak lain ekoran tindakannya itu.
"Jadi beliau kini dalam keadaan serba-salah dan dilema.
"Beliau tak nampak jalan keluar maka inilah caranya iaitu dengan
menyerahkan kepada Pas sendiri untuk membentangkan RUU 355 tersebut,"
katanya.
Sebelum ini, Najib mengumumkan bahawa Dewan Tertinggi BN memutuskan
kerajaaan tidak akan mengambil alih pembentangan usul meminda RUU 355 di
Parlimen.
Susulan itu, pada hari terakhir Parlimen bersidang, Ahli Parlimen
Marang yang juga merupakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
dibenarkan untuk membentangkan usul pindaan RUU 355 buat kali ketiga.
4 orang berkata:
Sampai bila kita asyik nak menghormati agama mereka. Adakah mereka menghormati agama Islam yang diiktiraf sebagai agama rasmi.orang yang ada iman takkan tertipu. Sudah2 lah tu.. ingatla kita bukan boleh hidup selamanya.
Firaun sebenar adalah tuan speaker bloodyfool yg menangguhkan akta sekular ruu355 ni..bertahun2 habuk pun tarak. Akta spt GST dan lain2 cepat je dibahas dan diluluskan. Ketua lebai hancing dan ketua penyamun 1mdb masih nak bersandiwara peralatkan Islam?
Kalau kena tangkap melancap, boleh kena hukum ikut ruu355 tak?
Tak sokong ruu hadi jadi firaun??
Adoiiii..mcm hukum firaun pulak dah
Post a Comment