Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIGA PENJURU

Pas Kepala Batas sedia tanding tiga penjuru
Himpunan
Himpunan dianjurkan Pas Kepala Batas bertempat di Masjid Jamiul Jalal Wal Kamal, Pajak Song. 
 
SUNGAI DUA - Pas Kawasan Kepala Batas sedia untuk bertanding tiga penjuru andai mana-mana parti daripada Pakatan Harapan meletakkan calon untuk bertanding.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kepala Batas, Bukhori Ghazali berkata, buat masa ini antara kawasan Kepala Batas yang dipertandingkan Pas adalah Kepala Batas dan di kawasan Penaga.

"InsyaALLAH, buat masa ini, di peringkat Pas Kawasan Kepala Batas kita bersedia untuk menghadapi pilihan raya tiga penjuru di kawasan yang dipertandingkan Pas sebelum ini.

"Bagaimanapun, Pas Kawasan Kepala Batas akan mematuhi apa saja yang diputuskan dalam muktamar yang akan datang ini, dan pada saya bagi kawasan Kepala Batas dan Penaga, sekiranya ada parti lain daripada Pakatan Harapan bertanding, kita akan sedia untuk bertanding juga kerana itu sememangnya kerusi yang Pas pertandingkan sejak dahulu," katanya.


Katanya, jentera Pas Kawasan Kepala Batas berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa.

"Buat masa ini, daripada segi jentera, kita sememangnya berada dalam kebersiap siagaan yang tinggi.
"Dan jentera pilihanraya juga telah dilancarkan pada minggu lalu, dan Alhamdulillah, setakat ini sokongan padu diterima daripada semua ahli," katanya.

Menurutnya, bagi perancangan untuk PRU yang akan datang ini, Pas juga bakal meletakkan calon untuk bertanding di kawasan Pinang Tunggal dan Bertam.

"Dari kajian yang kita lakukan, kedua-dua kawasan ini majoritinya adalah terdiri daripada Melayu dan bagi Pas ini tidak jadi masalah untuk kita bertanding bagi kedua-dua kerusi ini," katanya.

Dalam masa yang sama, Pas Kepala Batas turut mengadakan himpunan bagi menyokong Rang Undang Undang 355 yang dibentangkan Presiden Pas di Parlimen baru-baru ini.

Himpunan turut sama diadakan untuk menzahirkan dukacita terhadap ahli-ahli parlimen DAP, Amanah dan PKR yang cuba mengganggu dan memperlekehkan pembentangan yg dibuat pada sidang parlimen minggu lepas.

Selain itu, himpunan aman ini juga ingin mengecam tindakan akhbar Nanyang Siang Pau yang menyiarkan karikatur yang bukan saja menghina Presiden Pas dan Speaker Dewan Rakyat, malah menghina RUU 355 itu sendiri.

9 orang berkata:

Anonymous said...

Tak ada masalah. Lebai duit akan menang.

Tar Snake the cagu said...

Seronok betul pas dpt bertanding 3 penjuru. Maklumlah ahli parti berjota2. Tu yg kompiden menang turr

Heeeee

Anonymous said...

Klu zaman tgna yg dihormati dan dgn bantuan dap, pkr pun cuma menang 1 undi, cuba fikir berapa boleh menang dlm keadaan pemimpin dibenci, pkr reject, dap tolak dan dia sendiri dah pecah jadi dua??

Bolehkah dia menang 5 undi?
Hahaha

Anonymous said...

Insyaallah dengan separuh pas dah tukar jadi amanah, separuh umno dah tukar jadi bersatu dan 90% mca dah tukar dap; peluang pas utk tewaskan PH nampak mcm babi boleh terbang.

Anonymous said...

bodoh babi lebai unta

Anonymous said...

Kelantan pun melePAS.

Anonymous said...

Kelantan melepas memang kompom

Anonymous said...

Apala nasa ko makang sorg2. Kesian parti nak baya letrik pong x ada duit. Pass la sikik buat baya bil letrik sbb akaung dah x ada duit

Lan said...

Bertanding lah 10 penjuru pun x pe . Yg penting Rakyar sebagai Hakim kena bijak . Tolak parti rasuah & parti yg bersama perasuah . Undi parti yg menentang RASUAH . Negara akan selamat insyallahp

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.