Azmin sedia disiasat SPRM kes pemilikan harta
SABAK BERNAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
berhubung kes pemilikan harta didakwa dilakukan beliau sewaktu menjadi
Setiausaha Sulit kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Mohamed Azmin berkata, siasatan kes itu terserah kepada SPRM dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
"Terpulang kepada merekalah (SPRM) saya sentiasa terbuka," katanya
ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan kepada
Pesawah Padi di Masjid Sultan Muhammad Shah, Parit 10 Barat, Sungai
Besar, di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan SPRM yang
bersedia membuka semula kertas siasatan berhubung kes pemilikan harta,
22 tahun lalu.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, beliau bersikap terbuka untuk
disiasat oleh mana-mana pihak dan menganggap siasatan yang dilakukan
SPRM itu adalah satu proses biasa dan bukan sesuatu perkara baharu.
"SPRM menyiasat, pentadbiran negeri menyiasat, pimpinan kita beri kerjasama, terpulanglah kepada mereka," katanya.
Semalam, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah berkata,
walaupun kes itu telah ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada
1997, namun siasatan kes itu boleh diteruskan semula sekiranya terdapat
bukti-bukti baharu yang mengaitkan Menteri Besar Selangor itu dalam kes
berkenaan.
5 orang berkata:
Silakan la
Silakan la
Azmin berani bersuara. Ketua lebai pondan menikus bila ditanya psl rasuah 90juta hasil rompakan duit rakyat.
Dapat tu bagi2 la kat jemaah. Sikit sama dirasa. Banyak sama disonglap.
Alhamdulillah...bykkan lg fitnah...moga Allah mberi hidayah...Aamiin
Alhamdulillah...bykkan lg fitnah...moga Allah mberi hidayah...Aamiin
Post a Comment