Tahaluf siyasi: Pemuda ikut keputusan pimpinan
YAN - Pemuda Pas akan menyokong apa juga keputusan yang dibuat oleh
pucuk pimpinan pusat parti berhubung tahaluf siyasi Pas dengan parti
lain dalam pakatan pembangkang.
Timbalan Ketua Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, sayap
itu juga bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk PAS
bersendirian dalam PRU14.
Bukan perkara pelik untuk Pas bersendirian menghadapi pilihan raya
umum, katanya dalam sidang media selepas menghadiri Muktamar Tahunan
ke-15 Pemuda Pas Kedah, di sini hari ini.
Pada masa sama, Muhammad Khalil berkata, Pas terbuka untuk bekerjasama
dengan mana-mana parti politik asalkan hubungan itu berteraskan dasar
Islam Pas dan untuk kepentingan negara.
Pas dijangka membuat keputusan berhubung kerjasama politiknya dengan
PKR pada muktamar peringkat pusat yang dijadualkan akhir bulan ini.
Ini susulan gesaaan beberapa Pas kawasan yang mahu pucuk pimpinan
tertinggi parti memutuskan hubungan itu selepas PKR bertegas untuk
meneruskan kerjasamanya dengan Parti Amanah Negara dan DAP. - Bernama
8 orang berkata:
Putus sahajalah jangan tunggu-tunggu macam tak ada pendirian dan macam takut hilang kepentingan peribadi sahaja. Pastikan Din Ayam juga kena tinggalkan jawatan di Selangor sebab menjawat jawatan dengan kapasiti politik.
Sape yg kebuluran ni?
Tunggu keputusan apa lagi? Badan lebai dah bau hancing kena kencing dgn umno, sila pi main jauh2. Jgn nak gabung2 dgn PH, nanti batal pulak wuduk kami terkena sisa2 air kencing tuuu. Syohh! Syohhh!!!
Berambus je la.
Awat lama sgt tunggu?
Saya cadangkan pas tolak PKR dgn segera. Jgn buat malu ahli pas.
PH dah Ada pkr, Amanah, bersatu dan dap. Buat apa pas nak sibuk2. Jgn nak jilat tapak kaki la. Tak malu ker? Berambooosss la
Nnt ada walaun biol yg suruh azmin pecat lebai2 munafik ni. PAS mmg takde maruah pelacur agama..terpekik terlolong mcm polong tapi masih menenggek fulus kat PH di Selangor.
Jgn dengar pas luar selangor. Dia org jeles tu tak dpt kemudahan mcm pas selangor. Manusia pak. Makan nasik. Ada hati, tau cemburu. Tgk member la sedap dpt mcm2. Aku tgk je. Ah! Putus je la. Biar same2 rugi.
Post a Comment