Kejadian ribut hanya ujian ALLAH SWT
ALOR SETAR - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta
semua pihak agar tidak membuat spekulasi kononnya kejadian ribut di
Kompleks Pas Kedah yang menjadi venue Muktamar Pas ke-63 sebagai bala.
Sebaliknya, kata beliau kejadian itu hanyalah satu ujian daripada ALLAH SWT dan berada di luar kawalan manusia.
"Kita harap perkara ini tidaklah dispekulasikan oleh orang ramai, kita
doakan kesihatan mangsa-mangsa yang terlibat," katanya kepada pemberita
selepas melawat mangsa ribut itu di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini
hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sesetengah pihak di laman
sosial termasuk penyokong beberapa parti pembangkang yang menyifatkan
insiden berkenaan sebagai bala ALLAH.
Tuan Ibrahim bersama-sama Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad
Yakob dan Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi
yang tiba di hospital itu kira-kira 1 tengah hari ,
meluangkan masa
kira-kira 20 minit melawat seorang mangsa di Wad 6C, Zainaton Man, 45,
yang patah buku lali kanan dalam kejadian ribut itu.
Dalam kejadian kira-kira 7.25 malam semalam, 19 orang dilapor cedera
termasuk seorang tidak sedarkan diri apabila sebuah khemah menempatkan
pameran dan jualan Kelab Keusahawanan Haraki (KU_Haraki) di Kompleks
Pas Kedah ranap dipukul ribut.
Tuan Ibrahim berkata hanya seorang daripada 13 mangsa yang dirujuk ke
HSB semalam masih dirawat di hospital berkenaan, manakala yang lain
sudah dibenarkan pulang.
Katanya keadaan keseluruhan kawasan kompleks Pas Kedah terkawal dan
Muktamar Pas ke-63, yang akan berakhir esok, berjalan seperti
dijadualkan.
Pihak urusetia muktamar sedang melakukan kerja-kerja pembersihan. Anggaran kerugian belum diketahui.
"Kita jangkakan selewat-lewatnya petang ini atau pagi esok gerai-gerai jualan boleh dibuka seperti biasa," katanya. - Bernama
Sementara itu, Zainaton berkata ketika kejadian beliau bersama suami,
Zaharid Ahmad, 48, dan empat anak mereka sedang berada di sebuah gerai
di bawah khemah utama itu, sebelum ribut tiba-tiba melanda dan
meranapkan khemah tersebut.
"Suami saya sempat membawa empat anak masuk ke dewan utama manakala
saya tidak sempat menyelamatkan diri dan dihempap khemah tersebut,"
katanya.
3 orang berkata:
Begitu jugak apabila berlaku banjir di PP . X payah lah nak kata Tuhan bayar cash ke apa . Bila kena diri sendiri Ujian lah , disaster lah apa lah . Orang lain yg di katakan jahil pun x kata apa2 dekat PAS bila ada musibah tapi PAS bila kena dekat musuh melalak lah ...ini bala lah apa lah ....dakwah apa macam ni
Jahanam Pan....Allah bg jahanam tunai...pada Pas
Lain kali jgn jahannamkan orang. Itu peringatan Allah.
Post a Comment