Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Ushul putus hubungan antara PAS dan PKR diterima sebulat suara


 PAS BERSEDIA BERTANDING DISEMUA KERUSI
PKR PADA 
PRU 14


-Pak Karamu-
 
 
Usul putus tahalluf siyasi bersama PKR diterima
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri
 
Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri

ALOR SETAR - Usul memutuskan tahalluf siyasi bersama PKR diterima sebulat suara pada Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat.

Ketua Penerangannya, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri berkata, menyedari bahawa PKR telah melanggar begitu banyak syarat-syarat tahalluf siyasi dengan Pas,  Muktamar Dewan Ulamak Pas Pusat bersetuju mengusulkan agar tahalluf siyasi antara Pas dan PKR diputuskan.

Bagaimanapun katanya, usul tersebut tertakluk kepada keputusan Majlis Syura Ulamak menurut peruntukan perlembagaan parti.

“Usul yang turut diterima sebulat suara, ialah Perdana Menteri Malaysia hendaklah Melayu Muslim dan melengkapi syarat pemimpin Islam.

"Kepimpinan negara adalah amanah menegakkan  Islam selain mentadbir negara dengan agama Islam, sebagaimana disepakati fuqaha dalam Islam," katanya.

Katanya, dalam konteks Malaysia 60.4 peratus rakyat Malaysia adalah  kalangan Muslim Melayu.

"Jawatan Perdana Menteri  merupakan kuasa eksekutif tertinggi yang menjalankan kuasa pentadbiran yang berkuasa menentukan sesebuah pentadbiran sentiasa berasaskan prinsip Islam bagi menegakkan agama," katanya.

Menurutnya, Islam merupakan agama bagi Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang mesti ditafsirkan dengan maksud Islam sebagai ad-Din.

"Kita mengusulkan agar Pas Pusat menerusi ahli-ahli Parlimennya  mendesak kerajaan Malaysia membuat pindaan Perlembagaan Malaysia supaya jawatan Perdana Menteri hendaklah  hanya kalangan warganegara Muslim berbangsa Melayu yang melengkapi syarat kepimpinan dalam Islam'" katanya.

8 orang berkata:

Anonymous said...

Majlis syura x perlu putuskan tahaluf siyasi dgn pkr...cukup sekadar revise balik syarat2 kerjasama...contoh...pru14 nanti...kawasan pkr guna jentera pkr...kawasan pas.guna jentera pas...jika ada kawasan pas 3 penjuru maka baru jatuh talak kerjasama...senang jer

Anonymous said...

Yesssss! 3 penjuru! YESSSSS!!!!

Anonymous said...

Cepat2lah berambusss dari Selangor, parti lebai2 rasuah.

Anonymous said...

Mana boleh bro, kau ingat senang ke pak lebai nak blah dari selangor tuu, elaun banyak wooo. Thn lepas harun din cakap nak keluar dari selangor selepas raya, dah mati pun org tua tu tapi pak lebai masih sayangkan selangor degil taknak keluar, sayangkan jawatan bro. Kereta pak lebai mewah2 bini pula masing2 3-4 org, tu semua belanja besar bro.

Anonymous said...

Muktamar Lebai Malang

PAK SUKIMAN said...

saya Sukiman seorang TKI DI MALAYSIA
pengen pulang ke indonesia tapi gak ada ongkos
sempat saya putus asa apalagi dengan keadaan susah
gaji saya itupun buat makan sehari2. sedangkan hutang banyak
kebetulan istri saya buka-buka internet Dan mendapatkan
nomor MBAH KASSENG (0853-4288-2547) katanya bisa bantu melunasi hutang
melalui jalan TOGEL dan dengan keadaan susah, terpaksa saya
hubungi dan minta angka bocoran SGP DAN TOTO Malaysia
angka yang di berikan waktu itu 4D yang
ternyata betul-betul tembus 100% alhamdulillah dapat 257.jt Oleh Karna itu saya posting no HP MBAH KASSENG ini supaya saudarah-saudara ku di indonesia maupun di luar negri yang sangat kesulitan masalah ekonomi (kesusahan) jangan anda putus asa. Karna jalan masih panjang yang penting anda serius Dan percaya kpd MBAH KASSENG. Semua akan berubah Karna kesuksesan ada pada diri kita sendiri. Yakin dan percaya bahwa itu semua akan tercapai berkat bantuan dari ....
MBAH KASSENG
NO: 0853-4288-2547 / +6285-342-882-547

Anonymous said...

Muktamar lebai maki hamun.

Lan said...

Putuskan lah dah tu mahu nya . Perwakilan NS kata PKR khianati semangat setiakawan bila terima MP Tumpat masuk PKR . Yg NS tu lupa siapa yg khianti semangat setiakawan pada PRU 13 . Payah dengan lebai2 ni sebab menganggap mereka ni maksum

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.