"Setelah mendengar hujah daripada Marang dan hujah sokongan daripada
Kota Bharu (Datuk Takiyuddin Hassan) saya benar benar jelas dengan
sejarah RUU355," katanya.
TAHNIAH PANDEKAR !
-Pak Karamu-
'Saya tidak mahu jadi bloody fool'
KUALA LUMPUR - Tan Sri Pandikar Amin mulia menangguhkan sidang Parlimen
pada sesi ini sebelum usul pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) atau RUU355 dibawa Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang dibahaskan dengan memetik satu kata hikmat.
"Saya ingin kongsikan kata-kata hikmat ini yang terpahat di fikiran
saya sampai sekarang. If you are in power, you are powerful, If you dont
use your power, you are bloody fool'.
"Maka pada hari ini, saya tidak mahu jadi 'bloody fool', dengan ini
saya gunakan kuasa saya dengan membuat ketetapan supaya perbahasan ini
diadakan pada sesi akan datang," katanya.
Selepas Pandikar membuat ketetapan itu, Menteri di Jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Azalina Othman membacakan penangguhan sidang.
Keputusan penangguhan itu yang dibuat kira-kira jam 4 petang,
bagaimanapun mendapat bantahan daripada ahli Parlimen pembangkang kerana
tidak diberi peluang membahaskan usul tersebut.
Mereka bertindak bangun dan melaungkan 'ini tidak adil', namun Pandikar tidak mengendahkannya lalu bangun meninggalkan sidang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Usul RUU355 dibentang kali ketiga]
Sebelum memutuskan usul tersebut dibahaskan pada sesi akan datang, Pandikar menyuarakan rasa gembira dan terujanya.
"Pada hari ini saya amat gembira dan teruja atas dua sebab, satu saya
tiada kekangan mengikut Peraturan Mesyuarat 15. Itu saya tekankan secara
serius.
"Kedua, saya kini faham RUU355 dengan jelas, sebelum ini sama-samar
kerana banyak risalah dan pendapat yang saya baca mengenainya
"Setelah mendengar hujah daripada Marang dan hujah sokongan daripada
Kota Bharu (Datuk Takiyuddin Hassan) saya benar benar jelas dengan
sejarah RUU355," katanya.
21 orang berkata:
Tuan....
Rafizi tanya tu. Jawab la
Atoiiiii
Toloooooonnggg la lafiji.
Tiam2 sulah laaaa
Jika kejahatan itu benar2 berlaku, Engkau tunjukkanlah. Jika kejahatan itu satu fitnah, Engkau tutuplah.
Amin Ya Rab.
Lebai hadi kata ruu355 bukan hudud pulak! Mana satu ni? Haritu mcm nak runtuh langit gegak gempita laungkan hudud. Oh! Ya... btw bila pas nak saman SR dan husam?
Ya Rab. Tunjukkanlah aku jalan yg lurus. Jauhkanlah aku drp syaitan bertopengkan manusia. Amin Ya Rab.
Mengapakah Ruu 355 tidak melibatkan pencuri, perasuah, perompak dan penyamun? Adakah mereka ini mulia berbanding dgn perogol dan suami yg tidak memberi nafkah kepada isterinya?
Meriam dipalu dentam dentum, bom meletup hingar bingar, petir bunyi sambar menyambar, suara trompet sahut sahutan, bunyi gendang bagai dipalu, rebana ubi mendayu dayu, yang buta datang berpimpin, yg capik datang bertongkat, yang pekak tertanya tanya, yang bisu termangu mangu, yang belayar pulang petang...
RUPA RUPANYA HUJAN TAK JADI.
Sokonglah. Ruu ni tidak melibatkan kaum kerabat yg mencuri, menyapu, mencilok, mengebas, menibai, merasuah, merompak, melanun. Mereka semua ok sahaja. Sokonglah.
Makin tak faham apa maksud sebenar "memartabatkan hukum syariah" apabila hukum perompak dan lanun tidak dimartabatkan sekali.
Jelaslah hukum Allah itu sempurna berbanding hukum manusia kerana hukum manusia itu BIJAK MEMILIH.
TAHNIAH TGHH,DTH DAN PANDIKAR. Tuan Pandikar benar2 pendekar. Semoga usaha kalian di balas Allah dengan sebaik2nya. Amiinn..
When you're in power, ruu 355 akan menjadi lebih menarik. Kini tiba masanya untuk dua sahabat karib menuai buahnya yang "lazat" untuk hidangan kpd para marhaen yg sedang menderita.
Sokong.
Ya Rab.
Jika jujur, luluskan.
Jika batil, gagalkanlah.
Amin Ya Rab.
U all suma dah kena fool. Tahniah
Pas tak boleh ke buat RUU persendirian utk turunkan harga barang dan naikkan hukuman kepada perompak penyamun??
Tahniah Rafizi. Soalan anda kepada memanda tuan amat mantap
Bloody fool puak2 yg peralatkan Islam utk politik kotor. Sandiwara ketua lebai hancing dgn ketua penyamun 1mdb menipu Allah dan org melayu.
Sabarlah tuan2 dan puan2.
Bagilah rafizi seminggu dua lagi.
Janganlah gelojoh sangat.
Tak kan lari gunung dikejar!
Sabar....
penggadai agama demi undi hihi.. dulu masa pas jadi isteri abg lim jgn kata ruu muslim lain je dia tolak..bahkan hasan ali pun dia tendang mcm sampah.. hasan ali pun 1 gak,ada ke patot dia nak hapuskan arak2 suami pas iaitu abg lim.. isteri mana boleh derhaka kat suami..
hahahahaha
Sabor...sabor
Tunggulah seminggu dua lagi.
Jangan gelojoh sangat.
Nanti tekencing2 kang.
Sabor dulu. Bagi Rafizi bernafas dulu.
Sabor yer...heeeeee
Bakal box office ni.
Tungggguuuuuuu !!!!!
aku ngundi pun x pedulik ape aku rafizi tercirit pun hehe
Post a Comment