PERKASA MINTA NIK AZIZ HADIR PERHIMPUNAN PERKASA DI PASIR SALAK JIKA BENAR-BENAR NAK BELA MELAYU ?
PERKASA bukan satu kumpulan pembela melayu akan tetapi ia sebenarnya adalah pembela UMNO, sebab itu PERKASA jangan mimpilah nak ajak Nik Aziz menghadiri perhimpunan PERKASA di Pasir Salak Perak kerana undangan tersebut adalah perangkap PERKASA untuk kepentingan perjuangan UMNO sedangkan UMNO sendiri sudah lari dari memperjuangkan melayu kerana itu UMNO memperkenalkan 1 Malaysia
Sebenarnya PERKASA sudah nak jadi PERKASAM perjuangnya ibarat ular berkepala dua, andainya PAS berbaik-baik dengan PERKASA maka nanti kelihatan PERKASA macam memperolehi kekuatan yang baru kerana PAS berbaik dengan mereka, dalam masa yang sama PERKASA ini membantu UMNO di pilihanraya Merlimau Melaka kononnya untuk menegakan ketuanan melayu tapi dia menghentam islam PAS disana
Orang melayu didalam PAS tidak perlukan PERKASA kerana tiada hasil, yang PAS mahukan adalah pengundi dari orang islam kerana hanya orang islam sahaja yang memahami perjuangan yang dibawa oleh PAS dan seandainya orang melayu mengakui bahawa diri mereka sebagai penganut islam maka sebenarnya mereka tiada pilihan melainkan mengundi PAS sebab itulah Nik Aziz kata mengundi PAS masuk syurga dan mengundi UMNO adalah jahiliyah
PERKASA juga nampaknya mahu menyelaras pentadbirannya supaya melayu bersatu dengan mereka akan tetapi ia gagal kerana jika mereka mahu berbaik dengan UMNO sudah terlambar kerana gagasan 1 Malaysia jadi PERKASA gagal disitu jadi dia mahu berbaik-baik dengan PAS pula, juga mereka gagal kerana PAS melihat PERKASA ini ujud untuk apa ? Sedangkan dia tidak sedikitpun berfaedah untuk orang melayu, sebab itulah PERKASA tiada sedikitpun sumbangannya terhadap bangsa melayu
1 orang berkata:
saya tidak akan mengundi PAS selagi Nik Aziz merapu, mencarut, bersahabat dengan syaitan dan sebagainya didalam wadah perjuangan PAS!
Post a Comment