APABILA MANUSIA MELAYU TIDAK FAHAM ISLAM YANG SYUMUL
Apabila Allah menjadikan manusia yang dimulai dengan penciptaan Adam a.s dan Siti Hawa maka tujuan utamanya ialah untuk menjadikan mereka dan zuriatnya sebagai khalifah di Planet bumi setelah makhluk Jin membuat kerosakan di Planet tersebut, Allah s.w.t telah menggariskan tugas khalifah (Pengganti) itu dengan berpandukan petunjuk-petunjuk daripadaNya (KitabNya) Tidak mencukupi dengan petunjukNya maka Allah utuskan pula nabi dan Rasul sebagai pembimbing manusia, setelah nabi dan Rasul sudah tidak lagi diutus maka tugas mereka disandang oleh pewaris nabi dan Rasul iaitu pewaris nabi dikalangan ulama (Manusia yang berilmu) untuk meneruskan kerja-kerja nabi dan Rasul
Planet bumi adalah hak Allah termasuklah negara Malaysia ini, manusia dicipta oleh Allah untuk penjaga Planet ini iaitu menjaga hak Allah dengan memikul amanahNya dengan pentadbir, mengurus, memelihara seluruh isi Planet tersebut dengan hukum ketentuan Allah, Pada peringkat awalnya Allah telah mengambil ikrar terhadap manusia sejak di alam aruah lagi, iaitu apabila Allah s.w.t bertanyakan kepada kita "Tidak kah Aku ini Tuhan kamu ? Maka kita menjawab "bahkan kamulah Tuhan kami dan kami adalah hamba Kamu, dan kami menjadi saksi (Al A'araf 172) Ikrar ini menunjukkan bahawa kita telah bersetuju berTuhankan kepada Allah semasa di alam Roh, dan naik saksi itulah yang dimaksudkan لا اله الا الله dengan maksud Lillahi Ta'ala, ertinya semua apa yang kita hendak lakukan wajib rujuk terlebih dahulu kepada Allah (Al Quran) dan Hadis Nabi
Setelah kesaksian diambil maka barulah Allah menjadikan Adam (Zuriat manusia) dan kita di negara Malaysia ini adalah sebahagian daripada zuriat Adam tersebut, berkulit sawo matang dan berhidung kemek keturunan jenerasi kedua dari nabi Allah Noh iaitu jenerasi daripada nabi Adam, berbangsa melayu dan beragama islam iaitu agama yang kita ikrarkan semasa kita masih berada di alam Roh
Orang melayu kebanyakannya beragama islam, berbudaya islam, beradat islam, pendek kata jika kita katakan bangsa melayu itu kafir maka perangpun mereka sanggup, bergegar gempitalah kemarahan orang melayu jika dikatakan kafir akan tetapi jika kita tanyakan kepada mereka tentang islam maka kebanyakan mereka menjawab secara tidak benar mengikut islam, apa yang mereka cuba jawab sebagai jawapan yang benar ialah adat dan budaya melayu sebagai islam, iaitu mereka telah membudayakan islam kepada budaya melayu sebagai cara hidup mereka, kerana itulah mereka mengatakan melayu itu islam dan islam itu melayu dan yang lebih malang lagi apabila mereka menerima budaya barat dicampurkan dengan melayu yang berkesudahan dengan fahaman barat kristian iaitu sekularisma
Di negara Malaysia apabila orang melayu berpecah lima maka kita akan dapati fahaman melayu agak songsang, iaitu melayu PAS, Melayu UMNO dan melayu PKR, melayu Sabah dan Melayu Sarawak, semua melayu ini jika mereka mahu kembali kepada cara hidup kepada teras islam maka melayu dan islam akan selamat dan agama Allah dapat terpelihara iaitu sama-sama memelihara agama Allah namun apabila kebanyakan melayu hanya nampak kepada melayu maka jadilah melayu berpecah belah, ada yang mahu kepada islam (PAS), ada yang mahu kepada bangsa (UMNO) ada pula yang mahu kepada caca marba
Di negara kita Malaysia melayu UMNO yang masih terus berkuasa dengan dasar katanya hendak membela bangsa, negara dan islam , mereka ini ditentang hebat oleh melayu PAS dan PKR, penentangan ini adalah kerana perjuangan melayu UMNO nampaknya sudah jauh dari membela bangsa, negara dan islam ertinya bangsa melayu telah berterabor menjadi berpuak puak, negara sudah ada yang tergadai dengan bangsa lain, agama sudah menjadi hancur lebur kerana mereka membudayakan agama dengan hanya menumpukan kepada syi'ar sahaja tanpa mengembalikan hukum Tuhan sepertimana yang mereka ikrarkan kepada Tuhan semasa di alam Roh, jadi UMNO wajib ditentang
Ketidak fahannya UMNO dengan agama membuatkan PAS mencabar islam ala UMNO berdebat tentang agama islam atau bermuzakarah atau mana-mana cara yang boleh membuahkan hukum tentang agama yang sah mengikut panduan yang Allah dan Rasul tetapkan, dulu pernah diadakah myzakarah tentang batas-batas iman dan kufur lalu raja-raja melayu tidak benarkan, kesannya berterusanlah kafir mengkafit diantara bangsa melayu, kegagalan ini adalah kerana ada pehak yang sayangkan melayu daripada islam, yang terbaru heboh lagi tentang debat ini, isunya adalah "pilih PAS masuk syurga dan pilih UMNO jahiliyah" ertinya masuk neraka sebab keras kepala
PAS bersetuju untuk berdebat kerana hendak menyelamatkan agama dan pegangan orang melayu terhadap islam, perdebatan ini untuk menentukan adakah islam UMNO ini benar mengikut agama seperti yang dikehendaki oleh Allah ataupun tidak, andainya islam UMNO didapati tidak benar maka mereka tiada pilihan melainkan menyertai islam PAS, ini mungkin akan merugikan politik orang melayu UMNO namun mereka akan selamat di dunia dan diakhirat, nampaknya PAS bersungguh-sungguh hendak menyelamatkan orang melayu dan agama yang mereka dakwa sebagai agama mereka namun terlalu banyak kejahilan pada cara hidup dan pegangan mereka tentang hidup beragama
Andainya usha-usha debat PAS ini berjaya disambut secara yang terbuka dan dilaksanakan maka agama orang melayu dapat diselamatkan, bayangkan sudah berapa juta umat melayu UMNO yang sudah mati sacara jahiliyah ? Orang melayu UMNO tentulah merasa marah jika dikatakan orang UMNO yang telah mati adalah jahiliyah akan tetapi ini semua adalah kerana kedegilan mereka untuk mengetahui atau memahami hukum yang sebenarnya, mereka masih lagi leka dengan mabuk berkuasa, mereka tidak terfikir bahawa mereka akan mati sudahnya
Para alim ulama negara dan raja-raja melayu kena lihat ini semua jika benar mereka ini bertaraf ulama agama yang hendak menyelamatkan umat melayu dan agama mereka, jangan dok mendiamkan diri makan tidor kerana ini adalah tugas besar mereka dan tanggungjawab mereka terhadap Allah s.w.t, Apakah mereka yang bertanggungjawab ini akan terus menjadi syaitan yang bisu ? Mereka kena ingat bahawa berapa juta lagi manusia akan mati dalam keadaan kejahiliyahan semata-mata kerana kamu mendiamkan diri ? Sebab itu debat atau muzakarah atau apa-apa nama perbincangan wajib diadakan dan mengeluarkan fatwa tentangnya
Contoh yang paling baik untuk diperhatikan oleh ulama kerajaan dan raja-raja melayu ialah di Merlimau nanti apabila bertembung diantara PAS dan UMNO, andainya PAS kalah ertinya mereka akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengundi sebagai rakyat yang jahiliyah kerana dasar PAS sudah terang dan nyata bahawa dasar nereka adalah jelas iaitu Al Quran, Hadis, Ijmak Ulama dan qias, sementara UMNO dasar perjuangannya adalah kebangsaan dan melayu islam dan islam melayu dasar ini adalah dasar kelabu asap yang membuatkan pengundi terperangkap dengan jahiliyah
0 orang berkata:
Post a Comment