SEMPERNA DENGAN MAULIDUL RASUL AYAT INI AKAN BERKUMANDANG !
Firman Allah dalam surah Al Ambia 107
وما ارسلناك الا رحمة للعا لمين
Maksudnya:
Tidak Aku utuskan kamu wahai Muhammad nelainkan memberi rahmat kepada sekalian alam
Firman Allah diatas bermaksud sekiranya Muhammad Rasulullah s.a.w tidak diutuskan oleh Allah s.w.t maka seluruh alam tidak akan mendapat rahmat, jadi dengan adanya Muhammad ini barulah seluruh alam mendapat rahmat, siapa Muhammad s.a.w ?
Alam terjadi jutaan tahun sebelum Muhammad s.a.w dilahirkan, soalnya Apakah alam-alam (semua makhluk yang dijadikan Tuhan) yang telah Allah jadikan sebelum kelahiran Muhammad s.a.w itu tidak mendapat rahmat ? Bagaimana kehidupan nabi-nabi dan rasul-rasul yang terdahulu lahir serta dengan umatnya bermula dari nabi Adam sehingga Muhammad tidak diberikan Allah rahmat terhadap mereka ?
Perlu difahami bahawa yang dikatakan alam itu ialah segala makhluk yang dijadikan oleh Tuhan ialah alam, termasuklah manusia, langit dan seluruh isinya, bumi dengan seluruh isinya semuanya alam, Apakah alam tersebut tidak mendapat rahmat daripada Allah sehingga kelahiran Muhammad s.a.w lahir baru seluruh alam tersebut mendapat rahmat ? Apakah Allah memilih kasih terhadap alam tersebut ?
Bayangkan ! Muhammad lahir pada tahun gajah, katakanlah sudah lebih 1600 tahun lampau sedangkan planet dunia ini lebih lama ujudnya dan nabi Adam serta nabi-nabi lain sudah lama ujud, apakah Allah tidak memberikan rahmat kepada mereka ? ATAU Allah telah membiarkan mereka tanpa rahmat sehinggalah nabi Muhammad dilahirkan pada tahun gajah baru alam mendapat rahmat daripada Allah ?
Ok tinggalkan masalah tersebut diatas, kita focuskan pula tentang selepas kelahiran Muhammad s.a.w yang mana seluruh alam baru mendapat rahmat, Apakah rahmat tersebut ? Pengajarannya ? Akhlaknya ? Sirahnya ? Keluarganya ? Perjuangan politiknya ? Pentadbirannya ? Tektik peperangannya ? Atau apa-apalah lagi jika hendak disebut memang tidak dapat hendak disebut kerana terlalu banyak, Jika itu semua akan menjadi rahmat MENGAPA UMAT ISLAM KINI TIDAK MENGAMBIL DAN MENJADIKANNYA SEBAGAI DASAR PERJUANGAN HIDUP ? bernegara,berkeluarga, berpolitik dan sebagainya ?
Pak Karamu nampak pemimpin kini sengaja hendak mengagungkan Rasullullah s.a.w kerana mereka hendak menunjukkan sikap munafik mereka terserlah kepada umum, itu saja dan tidak lebih daripada itu, kalau tidak masakan mereka tidak boleh fikir yang terbaik untuk mereka akan tetapi mereka tinggaklan apa yang mereka puja dan puji sebagai yang terbaik
Ptuuuih ! Sungguh munafik kamu, malah janggut nabi pula dijaja kehulu dan kehilir, sunnah nabi juga kamu perlekeh, ajaran nabi dengan hududnya kamu buah dan kamu cemuh dengan tujuan menghinanya, kamu nak nafikan ? Manusia jenis apa kamu ?
0 orang berkata:
Post a Comment