CALON UMNO DI KERDAU TIDAK TEPAT DAN MENGECIWAKAN PENDUDUK KERDAU
Pegawai agama kepada menteri besar Pahang yang dilantik sebagai calon UMNO pada pilihanraya kecil Kerdau tidak tepat, sekalipun dikatakan berpelajaran tinggi iaitu lepasan Mesir akan tetapi dia dikatakan gagal menamatkan pengajian disana, ertinya dia gagal sebagai seorang berpelajaran tinggi agama, lalu dia menyambung pengajian di Hadratulmout Yemen iaitu tempat manusia hidup secara berpuak-puak (berkasta-kasta)
Penduduk Kerdau Pahang sudah ada yang tahu siapa Syed Ibrahim sebenarnya akan tetapi mereka tidak berani nak membangkang kerana syed Ibrahim adalah pegawai agama kepada Menteri Besar Pahang dan harapan penduduk Kerdau sebenarnya adalah kepada calon yang lain yang boleh memupuk perpaduan penduduk setempat, mereka ragu dengan syed Ibrahim yang mendapat didikan di Hadratulmaut yang cara hidup berpuak-puak
Penduduk Kerdau Pahang sudah mula bercakap tentang calon UMNO di tempat mereka kerana sepatutnya jika syed Ibrahim berpengetahuan agama sebenarnya mengapa dia memilih kumpulan yang berfahaman sekularisme yang bersemangat kebangsaan sedangkan agama melarang hidup berpuak dan bersuku kaum, ini menunjukkan dia tidak faham agama
Sekarang penduduk di Kerdau Pahang sudah mula gelisah dengan syed Ibrahim terutamanya dari kalangan UMNO sendiri yang mula berubah fikiran mereka untuk bersama dengan PAS di Kerdau Pahang disebabkan faktor calon ini, dalam masa yang sama UMNO cukup berhati-hati tentang isu yang akan dibawa kerana sudah ada pimpinannya mengetahui siapa syed Ibrahim ini
0 orang berkata:
Post a Comment