1MALAYSIA SATU UMMAH (UMAT) DIGUNA PAKAI BAGI TEMA SEMPERNA DENGAN MAULIDUL RASUL ADAKAH RELAVEN ?
Ummah atau Umat biasanya diguna pakai untuk maksud umat islam, iaitu umat yang tidak membenarkan pemisahan cara hidup beragama dari kehidupan sekular, Ummah atau umat juga dimaksudkan kepada penganut agama islam yang tidak mengambil kira puak dan suku bangsa yang terdapat didalamnya
Apabila Maulidul Rasul dikaitkan dengan 1 Malaysia yang penduduknya berbilang kaum dan berbilang agama didalamnya maka tema 1 Malaysia 1 Ummah (umat) tentunya tidak kena dan janggal atau sangat mengelirukan, rasanya ini adalah satu yang menampakkan satu kejahilan mentemakan sambutan maulidul Rasul ini
Tidaklah menjadi salah jika kita sebut seluruh rakyat atau khalayak ramai atau segolongan bangsa manusia yang terdiri dari berbagai kaum dan agama jika sekiranya ia tidak dikaitkan dengan sambutan khusus bagi umat yang menganut agama islam jadi apa relevannya tema ini diperkenalkan terhadap seluruh rakyat Malaysia ?
Tema yang sangat mengelirukan ini seolah-olah ada tujuan yang tertentu oleh pencipta tema maulidul rasul, mungkin akan mengelirukan ajaran yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w seolah-olah rakyat 1 Malaysia diperkenalkan semua agama itu menuju kepada kebaikan dan di iktiraf di negara ini, ini bercanggah dengan agama resmi adalah agama islam
Nanti kita akan dapat mendengar para pemimpin akan berkata 1 Malaysia 1 akidah ? Atau ada yang akan berkata Rasullullah berkata ummati ! ummati ?
HENTAM SAJA LAH LABU !
0 orang berkata:
Post a Comment