Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KUASA RAKYAT YANG MENAIK DAN MENUMBANG ...

Salam

RATUSAN RIBU PERASAAN RAKYAT DIATAS JALAN RAYA, RATUSAN RIBU RAKYAT JUGA PADA HUJUNG PENA, YANG MANA BERKESAN ?

Demokrasi dan Hipokrasi datang dari perasaan akal manusia, naik dan tumbangnya sesebuah kerajaan adalah disebabkan demokrasi dan hipokrasi. kedua-dua perasaan ini perlu dijaga supaya tidak nerlaku kekacauan, apa yang penting ialah mengkaji demokrasi berada dilandasan yang bener dan hipokrasi jangan berada didalam demokrasi

Demokrasi boleh menaikkan sesebuah kerajaan dan boleh juga menumbangkan sesebuah kerajaan, demikian juga dengan hipokrasi, manusia cepat menilai demokrasi atau hipokrasi,  dari penilaian manusia itu mungkin akan membawa kepada kebaiakan dan keamanan atau disebaliknya

Pemimpin atau pemerintah mahukan keamanan, demikian jugalah dengan rakyat disesebuah negara, akan tetapi apabila keamanan itu sudah menjadi tidak aman dan huruhara maka para pemimpin kena mencari apa yang menyebabkan perasaan rakyat bergelora, pasti ada sebabnya, pasti ada puncanya, maka carilah puncanya, jangan bersikap bodoh sombong dengan pendirian sendiri, jangan angkuh kerana memiliki kekuatan dan kuasa yang menyebabkan perasaan rakyat menjadi hilang pertimbangan

Seribu kali kita menyatakan bahawa kita berjuang untuk rakyat, akan tetapi jika disana kita ada membuat penginayaan atau mengkhianati rakyat secara yang tidak wajar maka akan terbitlah perasaan kebencian dalam penilaian rakyat dan rakyat sekarang bukan macam rakyat dahulu, mereka cepat menilai benar atau tidaknya sesuatu isu yang disampaikan kepada mereka sekalipun kita menyatakan bahawa kita adalah benar serta ikhlas

Kebanyakan para pemimpin dimana juga mereka berada mungkin mereka benar dan ikhlas akan tetapi pengikut mereka kadangkala bersikap kurang ajar kerana merasakan mereka berkuasa dan kuat, lalu mereka inilah yang menyebabkan perasaan rakyat melahirkan perasaan yang tidak mudah terbendung dan dalam masa yang sama pemimpin tetap juga merasakan buah fikirannya benar, akibatnya pemimpin menjadi mangsa keadaan

Ramai para pemimpin yang keciwa kerana perbuatan orang-orangnya yang bersikap ego,sombong dan bongkak yang kadangkala tidak disedari oleh pemimpin itu sendiri lalu pemimpin itu merasa hairan mengapa niatnya yang baik ditolak oleh rakyat tanpa menyelidik perasaan rakyat yang sebenarnya, keadaan ini boleh menyebabkan para pemimpin jatuh tersungkur

Jatuhnya seorang pemimpin dan kerajaannya secara demokrasi yang pincang mungkin tidak banyak menanggung perasaan dan  pengorbanan akan tetapi apabila kekalahan itu di ikuti dengan keadaan troma maka diasana boleh mendatangkan keadaan yang lebih bahaya sekiranya para pemimpin menggunaka kuasa keganasan ketenteraan dan otokrasi sebagai usha yang akhir, tindakan ini disifatkan sebagai penyalahgunaan kuasa demokrasi

Apa yang jelas buat masa kebelakangan ini ialah apabila sesebuah kerajaan itu dijatuhkan dengan kuasa jalanan maka ia akan lebih bahaya lagi kerana ia menyebabkan banyak memakan korban yang tinggi namun hasil pengorbanan secara begini boleh menyebabkan sesebuah kerajaan itu tumbang dengan cepat dan lebih berkesan iaitu perasaan rakyat menumbangkan sebuah kerajaan secara berkesan dan membuahkan hasil yang tinggi

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.