KEJAYAAN MEMINDAHKAN PELAJAR ADALAH TANGGUNGJAWAB KERAJAAN, TIDAK PATUT DIJADIAKAN ISU POLITIK MURAHAN KERAJAAN YANG MEMERINTAH !
Kejayaan kerajaan yang memerintah dan berkuasa penuh yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus harta, kewangan, pentadbiran dan rakyatnya tidak perlu dipolitikkan kerana itu sudah menjadi tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka ia tidak perlu dijadikan modal politik yang di war-warkan
Andainya isu menyelamatkan rakyat negara ini dipolitikkan maka jelas nampak kerajaan yang memerintah ketandusan modal berpolitik bagi rakyat terus menyokongnya untuk terus mengekalkan kuasanya sedangkan dalam masa yang sama terlalu banyak isu kepincangan kerajaan yang menjatuhkan etika pentadbiran mereka masih belum lagi terlaksana malah bertambah teruk, inilah yang sepatutnya dilihat
Isu prikemanusiaan adalah isu tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka yang rakyat berikan mandat kepada mereka, babi dalam hutanpun pandai membuatkan lorong dan sarang untuk anak-anaknya dan bapa babi tidak pernah tanya sama anaknya untuk tujuan dibalas jasanya, demikian juga seorang suami dan Ibu Bapa yang menjadi fitrah kepada mereka untuk menanggung keluarganya tidak pantas memberi tahu kepada anak-anak atau isterinya kerana itu tanggungjawab mereka, apa penting lakukan saja
Apa yang menjadi masalahnya ialah apabila tugas kerajaan dicampur adukkan dengan tugas kepartian, seolah-olah semua kerja pentadbiran dan kewangan macam mak bapak mereka yang keluarkan, sikap dan perangai ini adalah semacam mahu menginaya susu yang namanya ditukar kepada sapi, ini adalah perangai kerja orang yang laknat yang mengambil kesempatan untuk mengabui mata rakyat
0 orang berkata:
Post a Comment