Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

FIRAUN MESIR TUMBANG

Salam

APABILA FIRAUN TUMBANG BARU RAKYAT SEDAR SEKULAR DAN PARA PEMIMPIN TAHU BAHAWA YANG TUMBANG ADALAH BERSIKAP FIRAUN YANG ZALIM

Hari ini firaun mesir sudah tumbang dan hilang kuasa, selama 18 hari revolusi rakyat menetapkannya ia ditumbangkan setelah tentera mendapat mandat,  sekalipun tentera dibawah ketiaknya semasa ia bertaraf firaun, dia bersikap diktator dan sudah sekian lama didalam perhatian rakyat akan tetapi rakyat sentiasa takut kerana di negara itu ada ISA nya sendiri iaitu tahan tanpa bicara, atau tahan kemudian hilang dari bumi mungkin dicampak di lembah Nil

Mesir adalah sebuah negara Sekular, kerajaannya pro Israil kerana ada kepentingan politik dan ketenteraan disana dari Amerika, rakyat Mesir terabai, aktiviti islan yang di bawa oleh Ikhwatul Muslimin diharamkan, islam dan ulama pro kerajaan ramai yang membisu tak berani nak bersuara, semuanya main anggok, University Kaherah pula sudah lama diserap oleh fahaman sekular termasuk mufti dan pegawai tadbir pusat pengajian itu sudah sekian lama

Maruah Mesir dan rakyatnya  juga sudah lama hancur apabila negara itu dijadikan negara pelancungan, mereka yang berfikiran sekular banyak mengaut keuntungan daripada sumber maksiat yang sekian bulan dan tahun bertambah, rasuah bertapak sehingga tidak lagi terkawal, amalan berkroni sangat menjadi-jadi, gejala sosial tidak mengenal sasarannya sama ada puak sekular atau puak islam, yang kaya terus kaya yang miskin bertambah miskin dan tertekan

Hari ini Mubarak sudah tidak mubarak lagi, dia sudah menjadi neraka kepada pemimpin dunia luar sekarang, dia boleh di jadikan contoh oleh pemimpin lain seandainya ada para pemimpin yang mahu insaf, jika tidak tunggu akan giliran kamu

Tibalah masa dan zamannya bahawa seseorang pemimpin tidak lagi dijatuhkan melalui pilihanraya atau mandat daripada rakyat, mereka akan ditumbangkan melalui sedikit pengorbanan nyawa dengan melakukan tunjuk perasaan dijalanan, ingatlah peristiwa Mesir akan merebak keseluruh dunia

Awas kamu yang mengamalkan Rasuah

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.