Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Kaum asli penentu pertukaran kerajaan

DAP berjaya menumpaskan SUPP untuk menjadi parti politik kedua terbesar di Sarawak selepas PRN Sarawak 2011, malah menggantikan SUPP sebagai parti bertunjangkan Cina yang memiliki kerusi DUN terbanyak di Sarawak.
Ramai penganalisa menumpu kepada "sokongan pengundi Cina bandar memihak kepada pembangkang" ketika membincangkan kunci kemenangan Pakatan Rakyat di kawasan bandar.  Kesimpulan sedemikian pada hakikatnya mengabaikan konteks politik Sarawak yang istimewa.  Nampaknya kita perlu meneliti wakil rakyat di sana untuk memahami persekitaran politik tempatan.
Pertama, Sim Kwang Yang (gambar kiri, melambai tangan).  Beliau terpilih sebagai ahli parlimen Kuching pada tahun 1986.  Dalam PRU tahun 1995, BN merasuah pengundi dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (cina), maka beliau mengorbankan diri untuk kepentingan masyarakat Cina.
Kedua, Chiew Chiu Sing.  Mempertahankan kerusi Kidurong, satu-satunya ADUN DAP yang bertahan untuk tiga penggal.  Beliau tetap utuh walaupun pada waktu yang paling genting untuk DAP.  Dalam PRN Sarawak kali ini, terlalu ramai "bintang baru" yang menenggelami sinarannya.
Ketiga, Baru Bian.  ADUN baru untuk Ba'Kelalan, Pengerusi PKR Sarawak.  Keempat, See Chee How, ADUN baru Batu Lintang, pernah menjadi pembantu Sim Kwang Yang.  Kelima, Ali Biju, ADUN Krian yang baru.
Sesungguhnya "angin perubahan" di kalangan komuniti Cina menjadi punca bertambahnya bilangan ADUN Pakatan Rakyat, namun apakah persamaan di antara wakil rakyat yang tersenarai di atas?  Fasih bertutur bahasa Cina?  Mungkin bukan masalah untuk bertutur dalam dua tiga ayat yang mudah.  Menang atas sokongan Cina?  Untuk calon ketiga dan kelima, lihatlah struktur pengundinya untuk mengetahui jawapannya.
Atau, kita lihat dari perspektif lain, apakah faktor yang memenangkan mereka?  Adakah warna kulit, kepercayaan agama atau reputasi sosial?  Perbezaaan mungkin lebih daripada persamaan jikalau diteliti kriteria tersebut.  Bukan sahaja di Sarawak, jawapan yang lebih tepat adalah, wakil rakyat atau mantan wakil rakyat ini mengusahakan kawasan pengundian mereka untuk jangka yang panjang, terutamanya menentang pemerintah untuk mempertahankan hak tanah adat kaum asal.
Keluar dari bingkai perkauman
Ketika Sim Kwang Yang menyandang ahli parlimen, beliau disanjung tinggi kerana berhempas pulas untuk membantu kaum asli ketika tanah adat Iban diceroboh tycoon.  Chiew Chiu Sing mendalami kawasan desa, berkecimpung untuk mengusahakan pendidikan politik.  Malah beliau telah celik untuk bertutur dalam bahasa Iban.  Baru Bian, See Chee How dan Ali Biju sudah tentu tidak asing untuk komuniti kaum asli Sarawak kerana mengendalikan banyak kes tanah di mahkamah.
Mereka berpegang kepada keadilan, berprihatin terhadap hak tanah adat.  Keprihatinan mereka yang melangkaui batas perkauman telah meletakkan asas untuk kemenangan.  Mereka telah memenangi kepercayaan dan sokongan daripada semua kaum.
Kesungguhan untuk berkhidmat di kawasan desa memenangkan Baru Bian dan Ali Biju di kawasan kaum asli, yang secara tradisionalnya dimenangi BN.  Pada hakikatnya, inilah benih politik berbilang kaum (majmuk) yang disemai untuk membuahkan pertukaran kerajaan di negeri Sarawak satu hari nanti.  Juga, usaha Sim Kwang Yang dan See Chee How di akar umbi sekian lama telah menjurus kepada kemenangan PR di kawasan DUN tersebut.  Untuk Chiew Chiu Sing, kegigihannya telah memenangkan dirinya.
Sememangnya, parti yang berjinak-jinak dengan politik pilihan raya boleh terus menunggu peluang keemasan seperti munculnya parti Semangat 46 atau Reformasi yang dicetuskan Anwar.  Pada hari-hari yang biasa, nasibnya terumbang-ambing ditentukan perubahan senario politik.  Sama ada nasib memihak kepadanya, sama ada partinya menjadi kukuh, semuanya ditakdir Tuhan.
Gagal hanya dengan undi Cina
DAP mendakwa untuk membawa "perubahan" dan menumbangkan regim Taib Mahmud, apakah matlamat ini akan berjaya jika hanya menang di kesemua kawasan Cina?  Apakah Roket yang mendukung "Malaysia untuk orang Malaysia" gagal membariskan lebih ramai pemimpin yang bekerja di peringkat akar umbi seperti Sim Kwang Yang, Chew Chiu Sing - untuk menerokai kawasan luar bandar, lantas menawan kubu PBB, atau bergantung kepada prestasi rakan partinya di luar bandar, tetapi dirinya berundur dan bertahan di kawasan Cina yang "selesa" untuk menunggu detik pertukaran kerajaan?
Harus diberi perhatian, adalah realiti bahawa populasi Cina semakin menurun tahun demi tahun.  Jikalau BN berpeluang untuk merampas semula majoriti dua pertiga, persempadanan semula kawasan pengundian semestinya tidak memihak kepada PR.  BN semestinya akan mengurangkan kawasan majoriti Cina (kawasan hitam untuk BN), untuk meningkatkan peluang kelangsungan BN pada masa depan.
Berbekalkan dua faktor ini, seandainya DAP masih bergelut dalam keterbatasan ini, maka kita boleh menyimpulkan bahawa bilangan wakil rakyat DAP pada hari ini, adalah prestasi yang paling unggul untuk DAP dalam sejarahnya.
Seandainya DAP keluar dari kawasan Cina, ia semestinya akan membawa persaingan kepada rakan partinya.  Namun, persaingan akan membawa kemajuan, dan persaingan sihat ini akan menawarkan peluang kepada pengundi untuk membuat pilihan.  Pengundi akan mempertimbangkan parti manakah yang boleh menawarkan perkhidmatan dan idealisme yang lebih direstui.  Secara perbandingan, PAS yang memiliki Kelab Penyokong PAS - kini sudah dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS, boleh membariskan calonnya untuk pilihan komuniti yang berbeza.
Walaupun Sim Kwang Yang tidak pernah bertanding di kawasan bumiputera, namun beliau telah menjadi teladan apabila bersuara lantang memperjuangkan masyarakat minoriti.  Ia telah menjadi asas kepada politik majmuk di Sarawak.  Namun, mengapa generasi seterusnya tidak berdiri di atas bahunya untuk memandang ke arah Putrajaya?

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.