Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Mana-mana mengamalkan politik perkauman memanglah perkauman

Tuduhan Hitler… Satu Lagi Bukti DAP Main Politik Hasutan Perkauman

KUALA LUMPUR  26 April – Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Malaysia mengamalkan pemerintahan ala Hitler dianggap berbaur hasutan dan perkauman yang boleh menimbulkan suatu suasana tidak disenangi oleh rakyat berbilang kaum di negara ini.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan kenyataan itu sengaja ditimbulkan adalah untuk mengapi-apikan kemarahan serta kebencian rakyat kepada kepimpinan negara.

“Apa yang dilakukan itu membuktikan Guan Eng memang sengaja untuk membangkitkan suatu suasana supaya rakyat membenci kerajaan, dan perkara itu sudah lama dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang terutamanya DAP.

“Pemimpin-pemimpin DAP selalu menuduh UMNO mengamalkan perkauman di negara ini, sedangkan UMNO tidak pernah berbuat begitu, tetapi pemimpin DAP  yang sering bercakap dan berceramah berbaur perkauman.

“Ketika kempen pilihan raya Sarawak lalu, DAP secara terang-terangan menuduh UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan perkauman, mereka buat begitu untuk menakut-nakut bukan Melayu supaya menyokong mereka,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian kertika diminta mengulas kenyataan Guan Eng yang menuduh negara ini diperintah secara ala Hitler serta tuduhan DAP  bahawa orang Melayu mengamalkan sikap perkauman.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong berkata, orang Melayu di negara ini tidak pernah mengamalkan perkauman sebaliknya hanya memperjuangkan hak yang telah dipersetujui oleh semua kaum di negara ini seperti termaktub dalam Perlembagaan Negara.

“Kebangkitan di kalangan orang Melayu kebelakangan ini berpunca daripada sikap pemimpin DAP yang sengaja membangkitkan isu perkauman dalam ceramah serta media yang berpihak kepada mereka.

“Kita tidak pernah bersifat perkauman, apa yang diperjuang atau dipertahankan adalah perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Negera tetapi perkara itu telah diputar belitkan oleh pembangkang,” katanya.

Menurutnya, pembangkang sengaja memutar belit dan memanupulasikan apa yang berlaku dengan menuduh ada golongan tertentu mengamalkan perkauman di negara ini dengan harapan rakyat akan membenci kerajaan sedia ada.

Beliau berkata apa yang dilakukan pembangkang itu berpunca daripada timbulnya rasa tidak senang di kalangan mereka berikutan peningkatan sokongan rakyat terhadap BN sejak kebelakangan ini. -MediaUMNO

Ulasan:
Akuilah dengan Ikhlas, mana-mana parti politik yang menamakan dasar kaum atau puak maka jelas mereka berpolitik secara perkauman, jangan pukul orang kemudian menangis sendiri, jangan buat taik kemudian kita kata orang lain yang berak, berapa lama hendak bermain politik murahan macam ini ? rakyat sekarang bukannya bodoh, mereka dapat menilai muslihat politik kotor, berpolitiklah secara matang

Zaman ini apabila orang sudah tidak suka dengan cara politik kita maka kita tuduh orang lain pula yang memulakan kekotoran kemudia mulalah mencari kesalahan orang lain, politik yang sebegini akan memakan diri sudahnya kemudian marahkan kepada orang lain

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.