Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

 

Wednesday, 27 April 2011 00:18 Wartawan Buletin

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/azmankonsertchukai.JPGKEMAMAN - Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada golongan anak-anak muda yang bersama menyokong PAS dan perjuangan Islam.

Timbalan Ketuanya, Ustaz Azman Shapawi Abd.Rani berkata ramai anak-anak muda masakini memilih PAS setelah melihat kepincangan yang berlaku dalam pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).

“Hari ini, anak-anak muda telah menyokong PAS, hari ini pekerja-pekerja kilang memberi sokongan kepada PAS. Hari ini orang yang bukan Islam juga memberi sokongan kepada PAS.

“Terima kasih kepada semua anak-anak muda yang sanggup bersama kita (PAS) dan kami Dewan Pemuda PAS Pusat, Insya’Allah akan bersama dengan pemuda untuk meraikan suatu kejayaan yang dijanjikan oleh Allah SWT,” ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada Konsert Keinsafan Malam Kesenian Islam disini.

Konsert yang berlangsung di Dataran Surau Haji Muda Geliga, Kuala Kemaman pada Ahad 24 April, adalah anjuran Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (MTD) Chukai.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rantau Abang menegaskan, PAS tidak pernah mengubah dasar dan matlamat perjuangan parti.   

Apa yang dilakukan sekarang, menurutnya, adalah satu pendekatan yang lebih terbuka, yang dibenarkan oleh syarak, bagi menarik sokongan masyarakat bersama dengan perjuangan Islam.

Menurutnya, dakwah Islam sangat luas dan PAS mempunyai pelbagai cara mengajak serta mendekati rakyat.

“Cuma cara pendekatan yang kita (PAS) buat akhir-akhir ini dengan cara pendekatan yang berbeza untuk menarik masyarakat memberi sokongan kepada perjuangan Islam.

“Ada orang masuk Islam kerana perniagaan, ada orang menyokong perjuangan Islam kerana syarahan, ada orang menyokong perjuangan Islam kerana bacaan dan ada juga orang menyokong perjuangan ini kerana kesenian dan lain-lain lagi,” jelasnya.

Sehubungan itu, kata beliau sokongan masyarakat terhadap PAS menjadi semakin luas setelah mencecah usianya 60 tahun kewujudan parti ini.

“Semua orang bercakap apa yang dibawa oleh PAS. Setelah mereka (rakyat) tengok hampir 60 tahun lebih cara yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) gagal untuk menyelesaikan masalah masyarakat.

“Terutama yang melibatkan orang-orang muda. Hari ini orang-orang muda kena sedar kita sedang berdepan dengan masalah yang begitu banyak dan banyak isu yang dicetuskan sekarang adalah isu yang melibatkan orang muda,” ujarnya.

Menurutnya, dengan perkembangan politik yang berlaku semakin ramai orang menyertai PAS termasuk di kalangan artis dan ahli sukan.

Mudah-mudahan, katanya sokongan anak-anak muda, sumbangan daripada artis-artis, ahli sukan dan semua pihak akan memberi kejayaan kepada PAS dalam pilihan raya akan datang.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.