SERTAI UMNO.. BOB LOKMAN DAKWA AC MIZAL PILIH JALAN NERAKA!!?
Di saat beberapa Artis di Negara ini memilih PAS bagi 'mencuci dosa2' mereka sekian lama yang lalu, AC Mizal mengambil langkah berani memilih UMNO sebagai wadah perjuangan politik beliau. Tindakan AC ini mendapat ramai yang respon dari kalangan rakan Artis tidak kurang juga masyarakat Malaysia amnya. Ada yang memuji, ada yang mengherdik, ada yang mencaci dan ada yang menyumpah. Sehinggakan ada yang menganggap AC akan 'mencuci pahala2' dan menambahkan dosa2 beliau apabila bersama UMNO. Terpulang.. Apa yang Melayu CinDia lihat.. Keikhlasan dalam memilih platform Parti Politik. Sekurang2 nya AC telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau bukan menyertai politik kerana ingin mengejar harta kekayaan. Kerana kedudukan yang beliau kecapi sehingga hari ini adalah hasil titik peluh beliau sendiri. Malah AC juga tidak perlu memilih Parti Politik bagi memperkukuhkan kedudukan Agama beliau. Tidak seperti Bob Lokman. Tidak sampai seminggu menyertai PAS, sudah diikhtiraf dan layak berceramah di Masjid serta Surau. Malah ada penyokong PAS yang menggelar Bob Lokman kini merupakan golongan Ulama'. Begitu mudah Bob Lokman 'mencuci dosa2' beliau.
PANDANGAN PAK kARAMU
AC Milan mengambil keputusan menyertai UMNO sebagai wadah perjuangn politik itu urusannya, dia mungkin nampak dalam parti itu lebih mudah mengurus kehidupannya kerana UMNO masih berkuasa, artis tentunya diperlukan didalam parti yang disertainya,
Berhubung ada yang mengutuk, mengherdik dan mencercanya sudah tentu perbuatan itu tidak perlu kerana apa yang AC nampak dan berfaedah baginya adalah UMNO demikian juga yang memujinya disebabkan serasi dengan perjuangan mereka
Tentang penglibatan AC kedalam parti siasah yang dikaitkan dengan agama saya rasa itu adalah perkara yang perlu dilihat dari segi hukum, agama mengharapkan supaya setiap orang islam wajib menyertai jama'ah Islam yang berdasarkan islam didalam perlembagaan mana-mana parti, itulah kata hukum bukan kata mana-mana perlembagaan yang dicipta oleh manusia
Menyertai jama'ah PAS adalah wajib kerana perlembagaan parti tersebut menepati hukum agama, sila buka quran dan hadis nabi dan buatlah rujukkan, malah dalam surah Al Fatihah itu sendiri terdapat tafsiran berjama'ah secara islam pada ayat nombor 4 dan perlulah fahan mentafsirkannya, ertinya setiap muslim yang bersolat wajib baca al Fatihah, tiba-tiba mereka tidak menyertai jama'ah islam, so bagaimana ?
0 orang berkata:
Post a Comment