KUALA LUMPUR, 29 April – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menyeru ahli-ahli UMNO yang akan memulakan mesyuarat parti peringkat bahagian untuk menggunakan pertemuaan tersebut sebagai platform memantapkan jentera dan menyemarakkan semangat perjuangan.
Katanya, ahli-ahli UMNO perlu mengaplikasikan setiap kesempatan termasuklah pertemuan sesama ahli sebagai satu usaha menterjemahkan kekuatan UMNO dan memperteguh ikatan sesama ahli.
“Ahli-ahli UMNO adalah teras kepada parti yang sentiasa mengaplikasikan matlamat perjuangannya. Oleh itu dalam mesyuarat ini juga, kita perlu selami dan manfaatkan asas-asasnya sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan parti,” katanya kepada UMNO-Online.
Sebanyak 191 bahagian UMNO seluruh negara dijadual melaksanakan tanggungjawab sebagai ahli parti melalui mesyuarat masing-masing seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti bermula 1 Mei hingga 15 Jun ini.
0 orang berkata:
Post a Comment