Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NOH OMAR TENGOK DULU KAPAL HANG DAH NAK KARAM

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar disaran menyelesaikan terlebih dahulu krisis yang melanda Umno- BN di Selangor, sebelum mencampuri urusan dalam Pakatan Rakyat, tegas Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Shuhaimi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Noh Omar seperti yang disiarkan di sebuah akhbar hari ini yang mendakwa Pas di Selangor sebagai ‘kuda tunggangan’ DAP dan KEADILAN.

“Kenyataan Noh Omar ini sebenarnya membuktikannya cuba menyembunyikan kemelut yang melanda Umno Selangor dengan beliau ditolak majoriti kepimpinan Umno Bahagian di negeri ini”

“Noh Omar gagal memperkukuh parti sekutunya termasuk MIC, PPP dan MCA Selangor walaupun menyandang Timbalan Pengerusi BN Selangor,”

“Molek sangatlah jika betulkan dulu kapal bocor Umno- BN sebelum cuba robohkan tembok kepercayaan Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media.

Tegas beliau, konsensus yang dicapai Pakatan Rakyat, di peringkat Nasional dan negeri sebelum ini membuktikan keutuhan gabungan KEADILAN, Pas dan DAP dalam melaksanakan polisi yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

Keadaan itu, katanya menyebabkan Umno- BN di Selangor semakin risau dengan kesepaduan Pakatan, sehingga memaksa Noh Omar membuat kenyataan tersebut.

“BN Selangor di bawah kepimpinan Noh Omar sebenarnya sedang terkedu dengan sikap harmoni Pakatan Rakyat dan fikiran beliau bercelaru dengan pertelagahan dalaman sesama sekutunya.

“Ia diburukkan lagi dengan tindakan MCA yang mahu memboikot akhbar Utusan Malaysia yang merupakan lidah rasmi Umno,” katanya.

Tambah beliau, krisis BN Selangor semakin  jelas  apabila ada di kalangan perwakilan meninggalkan dewan semasa berlangsungnya Konvensyen BN Selangor, beberapa bulan lalu sewaktu Noh Omar sedang berucap

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.