Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kalau Cina tolak MCA, Melayu patut tolak Umno



KUALA LUMPUR, 26 April: “Jika orang Cina memilih DAP dan menolak MCA, kenapa tidak orang Melayu memilih PAS dan menolak Umno,” kata AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman (gambar).

Hakikatnya, kata beliau hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak terjejas sama sekali.

Ini, ujarnya terbukti ketika pilihan raya Negeri Sarawak di mana ketiga-tiga parti membentuk pakatan yang kuat menentang BN hingga berlaku peningkatan sekali ganda kerusi yang dimenangi oleh PR. Tambahnya, isu video seks yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah percubaan musuh untuk mengaibkan Anwar sekali lagi selepas kegagalan usaha BN pada tahun 1998 dulu di mana akhirnya mahkamah membersihkan nama Anwar.

“Semangat setiakawan PAS terhadap rakan-rakan dalam PR kian utuh,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, menerusi Konvensyen PR yang telah dua kali diadakan, Majlis Menteri Besar PR, Majlis pimpinan PR dan Sekretariat PR adalah bukti jelas semangat musyawarah yang sedia terjalin dalam apa jua perbincangan bagi menggagaskan alternatif menggantikan kerajaan BN yang korup “Apa perlunya kerjasama dengan sebuah parti yang sangat perkauman seperti Umno?

“Perpaduan apakah yang mahu dijalinkan dengan pemimpin yang korup, penuh skandal dan tidak beramanah seperti Umno?” tanya beliau.Katanya, hubungan Umno sendiri dengan komponen BN sendiri sangat dingin.

Tambahnya, insiden terbaru MCA terhadap Utusan Malaysia sendiripun diulas oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam nada yang menggambarkan perpecahan Umno MCA.

“Kalau dalam BN sendiri bersarat dengan masalah; apa yang boleh diperolehi oleh PAS jika menjalin perpaduan dengan Umno?” soalnya.

Ketika ini, ujarnya hanya tinggal sebahagian orang Melayu yang menyokong Umno terutamanya di pedalaman dan kawasan Felda dan Felcra, itupun sebahagian mereka telah berubah.

Beliau berkata, jika usaha yang sedang rancak dilakukan di kawasan ituberjaya mengubah sokongan mereka kepada PR; apa yang tinggal pada Umno.

Katanya, PR sedang mempromosikan tawaran 100 hari PR melalui Buku Jingga di mana momentum PAS Ganti Umno sedang berkembang seluruh negara dengan sambutan yang luarbiasa.

“PAS tidak akan terpedaya dengan strategi Umno untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR. PR sedang bergerak menuju Putrajaya.

“PR akan menjadi kerajaan prorakyat yang sentiasa memikirkan kepentingan rakyat,” ujarnya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.