Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BERSIH 2.0: Ibrahim Ali Rancang Huru-Hara..?

Reactions: 
Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sini, sini, sini, sini, sini, sini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...
"Setahu saya, orang Cina jarang mengambil bahagian dalam demonstrasi jalanan. Demonstrasi kali ini, saya percaya akan disertai oleh orang Melayu dari PAS... dan juga Umno. Kita (PERKASA) akan juga adakan satu.

"Jadi pertembungan adalah antara Melayu dengan melayu. Jadi bagi mengelakkan bangsa lain terheret, saya kata lebih baik bagi orang Cina duduk di rumah. Itu sahaja,” kata Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas.
Daripada statement Brahim Ali ni, dengan jelas kita dapat paham bahawa "pertembungan" hanya akan berlaku sekiranya Brahim Ali meneruskan rancangannya mengheret Pertubuhan Racist PERKASA untuk berhimpun pada tarikh yang sama dan juga tempat yang sama pada 9hb. Julai nanti.

Kita juga sudah sedia maklum bahawa perancangan untuk mengadakan Perhimpunan BERSIH 2.0 sudah bermula sejak dari tahun lepas dan tarikh 9hb. Julai, 2011 telah ditetapkan lebih kurang 3 bulan lepas. Lokasi Perhimpunan BERSIH 2.0 juga telah dipersetujui sejak dari awal lagi iaitu bersamaan dengan lokasi Perhimpunan BERSIH tahun 2007 diadakan.

Tak kan korang tak jelas lagi siapa sebenarnya yang nak bikin huru-hara..? Penganjur Perhimpunan BERSIH 2.0 telah mengambil kira segala kelemahan yang berlaku dalam Perhimpunan BERSIH tahun 2007 dan pihak penganjur dari awal lagi telah memutuskan supaya model Perhimpunan BERSIH tahun 2007 dibuat penambah-baikkan untuk kebaikan semua pihak baik peserta mahupun pihak berkuasa dan juga orang ramai.

Langsung tidak timbul isu "Keselamatan Negara Terancam" sekiranya Perhimpunan diadakan.

Yang mengancam keselamatan negara dan warganegara Malaysia ialah Perancangan Brahim Ali untuk "bertembung" dengan peserta Perhimpunan BERSIH 2.0.

Apa rasionalnya Brahim Ali dalam Perhimpunan Gerak Aman beberapa hari lepas membawa beberapa individu yang meragukan bersama dalam program tersebut kalau bukan dengan niat mahu mengugut masyarakat Tiong Hua..? Siapa lelaki-lelaki bertatoo ini..?


Nampaknya malaun bernama Ibrahim Ali ni masih tak sedar diri walaupun dipanjangkan umurnya oleh Allah lepas terlantar dalam wad akibat serangan sakit jantung. Ada orang yang akan gunakan sebaiknya "peluang ke-2" yang Allah beri untuk membuat kebaikan kepada lain-lain manusia & ada juga orang-orang tertentu yang akan menggunakan "peluang ke-2" untuk menjadi Hamba Iblis dan Syaitan.

Ibrahim Ali nampaknya termasuk dalam golongan "orang-orang tertentu".

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.