Suhakam Mahu Kerajaan Benarkan Himpunan Bersih 2.0
KUALA LUMPUR, 27 Jun: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) yang dibentuk oleh kerajaan sendiri menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman Bersih 2.0 yang dirancang 9 Julai ini.
Bagi Suhakam, orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Demikian kata Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam dalam satu kenyataannya di tengah-tengah usaha yang dibuat oleh Umno dan alat-alatnya untuk membatalkan perhimpunan itu.
Antaranya adalah dengan berusaha agar perhimpunan itu menjadi kecoh dengan cara menganjurkan perhimpunan serentak serta membuat provokosi melalui badan-badan bukan kerajaan termasuk persatuan silat dan bela diri.
Usaha pihak-pihak yang menyokong perhimpunan Bersih 2.0 juga mendapat tentangan hebat dari polis sehingga mereka yang memakai baju T Bersih juga ditangkap dan disifatkan sebagai satu kesalahan.
Penganjuran majlis pra perhimpunan Bersih juga disekat oleh polis dengan ramai antara mereka ditangkap dan dikaitkan dengan kesalahan yang bukan-bukan termasuk cuba menghidupkan ideologi komunis yang sudah lama berkubur.
Berikut adalah kenyataan penuh dari Hasmy Agam.
"Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) merujuk kepada perhimpunan aman yang dirancang oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011, dan juga perhimpunan-perhimpunan yang dilaporkan dirancang oleh Pemuda UMNO dan Perkasa, dan mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman, sepertimana yang termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
"Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada Kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun, seperti yang terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967, dan mengesyorkan agar pihak Polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.
"Suruhanjaya menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan, dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab. Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya. "Hrkh

0 orang berkata:
Post a Comment