PANAS BERAPI - Ini Amaran !! - Mahaguru Silat Omar Din
Sejuta ahli persatuan silat akan turun padang bagi membanteras sekeras-kerasnya perhimpunan bersih pada 9 julai ini. Mahaguru pertubuhan seni silat lincah malaysia [PSSLM] iaitu tan sri omardin mauju memberikan kenyataan nya dalam satu sidang akhbar berhubung pandangan nya mengenai perhimpunan bersih 2.0 semalam. Antara petikan yang terkandung dalam keratan akhbar di atas ialah ;
1. adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan dan huru hara.
2. PSSLM mempunyai sejuta ahli dan kami akan turun pada 9 julai jika ambiga masih meneruskan bersih.
3. kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun lalu tidak akan berdiam diri.
4. Sekira kami tidak mengambil apa2 tindakan maka kami di anggap dayus.
5. Saya akan mengetuai pasukan ini walaupun dengan berkerusi roda dan akan berada di barisan paling hadapan.
6. Ambiga dinasihatkan batalkan perhimpunan neh jika tidak omardin bimbang dia tidak dapat mengawal perasaan dan emosi anak2 buahnya pada perhimpunan itu kelak apabila mereka bertembung.
7. "Sebagai pengamal silat saya tidak boleh memberikan jaminan kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara yang tidak di ingini berlaku lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut" kata omardin lagi.
Ulasan
Kalo macam tu ayuh sama-sama buka langkah,nak main Jinpun ok ! Tuhan bagi semua manusia kelebihan, kita tengok sama ada Af'al Allah yang mana yang diterima oleh Tuhan yang bersih ataupun yang batil
1 orang berkata:
Suruh dia lawan Bersih naik kerusi roda,kalau dah oku jangan la dok tunjuk hero plak. geng silat pulut dengan durian macam mana nak join skali ka... Haprak
Post a Comment