Himpunan 9 Julai: Pemuda Umno mohon permit
June 27, 2011

Rizalman Mokhtar bercakap kepada pemberita selepas disoal siasat polis hari ini. — Foto oleh Choo Choy May
“(Ini) kerana kami tidak mahu dikatakan Umno mengadakan perhimpunan haram,” kata Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar kepada pemberita di luar ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.
Selain wakil Pergerakan Pemuda Umno, polis juga mengambil keterangan daripada Perkasa dan Bersih 2.0.

Bagaimanapun Rizalman mengetepikan soalan sama ada Pemuda Umno akan terus mengadakan demonstrasi jika permohonan mendapatkan permit ditolak.
“Kesemuanya bergantung pada Bersih... jika Bersih teruskan, kami di Umno juga akan teruskan,” katanya lagi.
Beliau menganggarkan lebih 10,000 orang akan menyertai perarakan Pemuda Umno itu.
Katanya, perarakan Pergerakan Pemuda Umno akan berjalan dengan aman, menggambarkan kehendak majoriti senyap yang menentang demonstrasi jalanan.
Rizalman memberitahu pemberita bahawa beliau berharap polis akan bertindak adil apabila ditanya sama ada Pergerakan Pemuda sedia untuk ditahan atas tindakan mereka.
“Jika hendak tahan, maka mengapa tidak penganjur perarakan Bersih ditahan juga?” katanya.

0 orang berkata:
Post a Comment