Bersih 2.0: Tindakan polis tahan aktivis prakejatuhan Umno-BN, kata Nik Aziz
June 29, 2011
KUALA LUMPUR, 29 Jun – Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tangkapan aktivis Bersih, yang dilaporkan mencecah lebih 100 orang setakat ini, adalah prakejatuhan Umno-BN.
“Sempat saya membaca berita-berita online tanah air di sini, semakin ramai penyokong Bersih 2.0 ditahan.
“Saya mengira kerajaan masih belum belajar daripada kejatuhan kerajaan-kerajaan di Timur Tengah,” ujarnya melalui akaun Twitter hari ini.
Menteri Besar Kelantan itu dipetik Harakah Daily menegaskan, tangkapan dan kekerasan tidak akan menakutkan rakyat “Tangkapan-tangkapan ini hanyalah prakejatuhan Umno Barisan Nasional,” katanya.
Beliau sebelum ini menyokong Himpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.
0 orang berkata:
Post a Comment