Peguam: Polis akan soal 40 orang berhubung BERSIH
Sejumlah 40 orang berada di senarai polis untuk disoal-siasat berhung perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini, kata peguam Edmund Bon.
Bon, yang mewakili empat pemimpin NGO yang diheret ke balai polis Dang Wangi hari ini mengesahkan mereka yang disiasat itu adalah berdasarkan senarai polis.
“Setakat ini, mereka telah menyoal lebih 20 orang, jadi kita jangka 18 lagi akan dipanggil untuk disiasat,” katanya kepada wartawan ketika ditemui di luar balai polis itu.
Bon hadir sebagai peguam kepada empat ahli dan aktivis NGO yang dipanggil untuk merakamkan kenyataan mereka.
Mereka termasuk ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah dan aktivis Hishamuddin Rais, yang disiasat mengikut Seksyen 27(5) Akta Polis dan ketua Tenaganita Irene Fernandez, yang disoal mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan dan Akta Polis.
Ketiga-tiga mereka disoal berkaitan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan pada 9 Julai ini.
Individu keempat, Latheefa Koya dari Lawyers for Liberty, pula disiasat kerana hadir di balai polis Travers ketika mengiringi ketua BERSIH Datuk S Ambiga, yang mengemukakan laporan polis berhubung ugutan bunuh melalui SMS yang diterimanya.

0 orang berkata:
Post a Comment