Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BN tabur RM1.18 bilion pada Pilihan Raya Sarawak


Kerajaan mendedahkan sebanyak RM1.18 bilion digunakan dua bulan sebelum dan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak  berlangsung April lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan perkara itu dalam jawapan bertulis ekoran pertanyaan lisan Teresa Kok Suh Sim (Seputeh-DAP) yang meminta beliau menyatakan nama dan nilai projek pembangunan yang diumumkan kerajaan, dalam tempoh itu.
“Sehingga 30 April, sebanyak 62 projek dan program bernilai RM1.18 bilion telah diumumkan untuk dilaksanakan di seluruh Sarawak.

“Program dan projek yang diumumkan merupakan projek yang dirancang lebih awal. Sebanyak 52 projek dilaksanakan dalam tahun 2011 dan selebihnya akan dilaksanakan pada tahun-tahun hadapan,” kata Najib dalam kenyataan bertulisnya di parlimen hari ini.
Beliau turut menyenaraikan antara beberapa kementerian, agensi dan jabatan yang disalurkan projek ketika kempen pilihan raya itu yang menyaksikan peruntukan kepada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), adalah paling tinggi.
“Peruntukan khas Perdana Menteri, sebanyak 34 projek dan program dengan nilai sebanyak RM22,748 juta. Manakala peruntukan tertinggi ialah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sebanyak 13 projek bernilai RM535 juta.
“Seterusnya yang turut tinggi menerima peruntukan ialah Kementerian Kesihatan sebanyak RM212 juta. Kementerian Kerja Raya juga menerima sebanyak RM200 juta,” jelas perdana menteri.
Antara kementerian lain yang turut diberi peruntukan terdiri daripada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Kementerian Sumber Asli dan Alam sekitar, Kementerian pertahanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Pelajaran dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.