Suami isteri terbabit tipu RM7 juta
22/06/2011 1:13pm
IPOH - Polis telah membongkar kegiatan penipuan oleh sepasang suami isteri membabitkan kerugian kerugian kira-kira RM7 juta.
Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata, pasangan itu dipercayai menawarkan tanah kerajaan, tender dan kontrak kepada mangsa.
Polis menjalankan siasatan selepas menerima aduan daripada tujuh mangsa bulan lepas, katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan Ketua Polis Perak di sini hari ini.
Hasil siasatan, sepasukan polis menyerbu sebuah rumah di Kuala Muda, Kedah pada 14 Jun dan menahan seorang lelaki berusia 21 yang juga anak kepada pasangan berkenaan.
Pasukan berkenaan menemui sebuah beg mengandungi wang tunai lebih RM1 juta yang ditanam di belakang rumah lelaki itu, katanya. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment