Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

WANITA BOGEL DIPERCAYAI DISAMUN DITINGGAL DI KM7.1 NKVE.

SHAH ALAM: Akibat terlalu penat dan memberhentikan kereta di tepi jalan, seorang kontraktor bukan saja kerugian hampir RM100,000 apabila menjadi mangsa samun bersenjata, malah dibogelkan sebelum penyamun itu melarikan keretanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi semalam di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) itu, mangsa berusia 32 tahun berhenti berehat selepas memasuki Plaza Tol Setia Alam, di sini, sebelum merancang meneruskan pemanduan.

Difahamkan, ketika terlelap mangsa didatangi lelaki bersenjatakan parang yang memecahkan cermin kereta sebelum mengarahkan suspek berganjak ke bahagian sebelah penumpang.

Sumber berkata, suspek kemudian memandu Honda City milik mangsa dan diekori Toyota Vios berwarna hitam dipercayai dipandu rakan suspek.

“Sambil memandu ke Kuala Lumpur, suspek mengacukan parang dengan mengugut mangsa mengeluarkan semua barangan berharga termasuk melucutkan baju dan seluar.

“Mangsa yang masih terkejut mengikut semua arahan suspek berikutan takut diapa-apakan.

“Suspek meninggalkan mangsa keseorangan dalam keadaan bogel di Kilometer 7.1 NKVE sebelum melarikan diri menggunakan kereta mangsa,” katanya.

Sumber berkata, kereta yang dipercayai dipandu rakan suspek turut melarikan diri, namun mangsa gagal mengenal pasti nombor plat Toyota Vios itu.

Menurutnya, anggaran kerugian dialami mangsa hampir RM100,000 itu termasuk kenderaan, wang, dua telefon bimbit, jam tangan, kasut berjenama dan beberapa lagi barang berharga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut dijalankan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.