Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PATAH AKAN TUMBUH, HILANG AKAN BERGANTI

Dewan Pemuda PAS tekad pertahan kerusi Titiwangsa

July 19, 2011
KUALA LUMPUR, 19 Julai — Dewan Pemuda PAS Titiwangsa bersedia menyahut amanat Allahyarhamah Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali (gambar) dalam mempertahankan kerusi Parlimen Titiwangsa pada pilihan raya umum ke-13.

Timbalan Ketua Pemuda PAS Titiwangsa, Mohd Shahir Abu Hasan, berkata, beliau bersedia berusaha ke arah mempertahankan kerusi Parlimen tersebut dengan segenap tenaga dan kekuatan yang ada pada sayap tersebut.

“Pemuda berjanji akan terus memikul amanah rakyat yang telah ditinggalkan oleh beliau kepada kami bersama-sama dengan PAS kawasan dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Titiwangsa,” kata Shahir dalam satu kenyataan.

“Sememangnya pemergian beliau sangat dirasai oleh seluruh ahli Dewan Pemuda PAS Titiwangsa. Peranan beliau yang sangat penting dalam perjuangan PAS semestinya amat sukar dicari ganti.

“Dr Lo’ Lo’ juga seorang yang gigih berjuang. Beliau telah berjaya dengan segenap tenaganya melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat kepadanya. Ini terbukti beliau telah berjaya menempatkan diri di hati masyarakat khususnya (di kawasan) Parlimen Titiwangsa selepas diamanahkan menjadi wakil rakyat pada pilihan raya ke-12 yang lalu,” katanya.

Kekosongan kerusi ini tidak membawa kepada pilihan raya kecil. PAS buat pertama kali memenangi kerusi itu pada Mac 2008.

Justeru, Shahir berkata, walaupun peruntukan tahunan yang sepatutnya disalurkan kepada setiap ahli Parlimen disekat, ia tidak mematahkan semangat Dr  Lo’ Lo’ untuk terus berjuang dan berkhidmat kepada rakyat Titiwangsa sehingga nafasnya yang terakhir.

Tambah Shahir, jasa dan peranan Dr Lo’ Lo’ sangat besar dan sifat beliau seperti seorang ibu yang sering memberi teguran dan nasihat kepada Dewan Pemuda tidak akan dilupakan malah akan menjadi azimat perjuangan.

Sehubungan itu, Shahir berkata , bagi sesiapa yang ingin membuat sumbangan kewangan untuk meneruskan kerja-kerja kebajikan yang telah ditinggalkan Dr Lo’ Lo’ di Titiwangsa dan mahu mempertahankan kerusi Parlimen itu kepada PAS, bolehlah berbuat demikian dengan memasukkan wang ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad Dewan Pemuda PAS Titiwangsa bernombor 14041010075204.

“Semoga setiap sumbangan akan diganjari dengan kebaikan berlipat kali ganda daripada Allah S.W.T,” katanya.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

Dr Lo’ Lo’ meninggal dunia kerana menghidap kanser.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.