Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PENCAPAIAN KEDAH SEJAHTERA BUAT BN SENAK PERUT




Posted on Friday, July 22 @ 19:32:31 PDT by paktam
Oleh ZULKIFLI YAHAYA

Kali pertama pihak pembangkang di Kedah menyerang kerajaan negeri dalam isu manifesto adalah kononnya kerajaan PAS mungkir janji kerana hanya mampu melakukan 20 peratus dari manifesto yang dilancarkan pada pilihan raya umum 2008. Janji tersebut tentulah merujuk kepada manifesto PAS, kerana satu-satunya parti yang mengeluarkan manifesto untuk pentadbiran negeri ialah PAS.

PAS Kedah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas mengkaji perlaksanaan manifesto. Rumusan yang dibuat adalah 82 peratus dari manifesto telah berjaya dilaksanakan, 13 peratus belum dilaksanakan manakala 5 peratus lagi berada pada tahap dalam proses perlaksanaan.

Lantas semua rumusan kajian terhadap manifesto itu dibukukan dan disebarkan di kalangan rakyat negeri ini. BN yang sejak setahun lalu mencanangkan kepada rakyat bahawa hanya 20 peratus janji PAS mampu ditunaikan, terkedu apabila melihat semua bukti-bukti yang tersenarai dalam buku Pencapaian Kedah Sejahtera itu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah, Dato’ Ahmad Bashah Mat Hanipah menyifatkan laporan buku tersebut sebagai cuba mengelirukan orang ramai kerana tidak menyertakan statistik pencapaian. Hakikatnya hanya dia seorang yang terkeliru kerana tiada janji perangkaan pun dalam manifesto PAS tempohari. Menariknya Ahmad Bashah mendakwa kira-kira 50 peratus daripada isi manifesto yang ditunaikan.

Wah, jika pemimpin BN di Kedah dakwa 50 peratus sudah dibuat ia dikira cukup besar kerana kenyataan itu keluar dari mulut pembangkang.

Ahmad Bashah bercadang akan keluarkan pula buku untuk menafikan pencapaian Kedah Sejahtera. Maknanya dalam 82 peratus yang kerajaan negeri dakwa sudah dibuat, hakikatnya (menurut BN) tidak sampai ke angka tersebut. Lalu Menteri Besar pun tertanya-tanya, apa sebenarnya perkara tersebut. "Saya tunggu buku tu keluar," ujar Ustaz Azizan. Bukan sahaja Menteri Besar, seluruh rakyat Kedah pun tertunggu-tunggu buku jawapan Ahmad Bashah.

Apa yang berlaku sebenarnya BN Kedah panik apabila dalam kaji selidik yang dilakukan oleh pihak mereka BN hanya dapat mengekalkan jumlah kerusi DUN sama seperti yang mereka perolehi PRU 12 lalu, iaitu 12 dari 36 kerusi. Jumlah itu belum mengambil kira faktor perpecahan dalam Umno yang akan muncul sewaktu pilihan raya umum nanti.

Bukan semua perkara yang dibuat berdasarkan manifesto. Terdapat juga perkara yang tiada janji manifesto tetapi dilaksanakan, antaranya:

1. Melancarkan Skim Kafalah sebagai satu bentuk bantuan kerajaan negeri kepada golongan miskin yang kematian ahli keluarga tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.

2. Meningkatkan hasil kerajaan negeri, khususnya hasil balak di atas keluasan tanah yang sama (2,340 hektar) iaitu RM35 juta pada tahun 2008, RM38 juta 2009 dan RM53 juta 2010 berbanding hanya sekitar RM7-8 juta sewaktu BN menerajui kerajaan.

3. Mewujudkan Tabung Tunku Mahmud sebagai tabung bantuan pendidikan dan kemiskinan di negeri Kedah.

4. Melantik seramai 1,993 ketua kampung/komuniti di seluruh negeri Kedah bagi memudahkan urusan rakyat di akar umbi dengan pihak kerajaan.

Walaupun dalam manifesto terdapat janji untuk menjadikan Kolej Universiti Insaniah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tetapi PAS tidak berjanji dahulu untuk pembinaan kampus induk. Namun kini kerajaan negeri telah berjaya membina kampus induk di Kuala Ketil (dalam proses pembinaan fasa pertama) di atas tanah seluas 320 ekar dengan kos RM330 juta tanpa sumbangan dari kerajaan Pusat. Fasa pertama yang mampu menampung 10 ribu pelajar ini dijangka siap pada 2013.

Di bawah kerajaan kini Insaniah berjaya menambah bidang pengajian sehingga 42 program, bermula dari pengajian asasi hingga ijazah Doktor Falsafah (PhD). Bidang pengajian ditawarkan antaranya Bahasa Arab, Syariah, Usuluddin, Pengajian Islam, Perniagaan, Pengurusan, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Kejururawatan, Perubatan, Perhotelan, Psikologi dan lain-lain.

Apa yang dipertikaikan oleh Ahmad Bashah adalah mengenai angka pencapaian. Boleh dikatakan semua butiran manifesto tidak menyebut sasaran angka pencapaian. Misalnya dalam manifesto menyebut; mengkaji semula kadar cukai tanah yang membebankan rakyat dan menghapuskan cukai tanah bagi bangunan yang didirikan di atas keseluruhan tanah (rumah kedai dalam kawasan perumahan).

Manifesto tidak menyebut berapa kadar cukai tanah yang dikaji dengan maksud untuk diturunkan tetapi setelah menang, kadar cukai tanah telah diturunkan antara 25-75 peratus. Ia merupakan satu angka yang sangat tinggi sehingga mengorbankan hasil negeri sebanyak RM50 juta setiap tahun. "Salah besar" sangatkah tak sebut angka dalam manifesto dahulu, sedangkan angka penurunan cukai sangat besar.

Pendapatan negeri Kedah pada tahun 2007 ialah RM361 juta. Setelah hilang hasil RM50 juta sepatutnya pendapatan negeri jatuh teruk, tetapi pada tahun 2008 pendapatan negeri ialah RM350 juta, cuma susut RM4 juta.

Pada tahun 2009 pendapatan negeri sebanyak RM368 juta dan 2010 sebanyak RM490 juta. Pada penghujung 2010 berlaku lagi kejutan di mana kerajaan negeri mempunyai baki kewangan mengatasi defisit sebanyak RM19 juta. Semua catatan cemerlang ini membuatkan BN Kedah "senak perut".

Jadi tidak hairan jika Ahmad Bashah menyerang kehadiran buku Pencapaian Kedah Sejahtera daripada aspek yang "tidak penting" untuk dipertikaikan.WARTAUTARA

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.