Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
 Peserta perhimpunan meninggal kerana sesak nafas terhidu gas pemedih
Lim Hong Siang | Jul 09, 2011 08:24:11 pm



Seorang peserta perhimpunan BERSIH 2.0 telah meninggal dunia kerana sesak nafas, dipercayai disebabkan terhidu terlalu banyak gas pemedih mata, yang dilepaskan oleh pihak polis tadi.  Baharuddin bin Ahmad, 59 menyertai perhimpunan di sekitar pusat beli belah SOGO, dan kemudian menuju ke KLCC.

Baharuddin Ahmad ialah suami kepada Rosni, Ketua Wanita PKR Cabang Titiwangsa.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview menuding jari terhadap kerajaan kerana menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.  "Ini sesuatu yang amat menyedihkan kerana menyebabkan kematian.  
Kerajaan tidak faham apa itu kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, maka cara ia menangani perhimpunan telah menyebabkan tragedi ini."

Menurut Zuraida (gambar kiri), Baharuddin meninggal pada kira-kira jam 6 petang, di Hospital Kuala Lumpur.  Baharuddin dikatakan sesak nafas ketika melarikan diri dari gas pemedih mata.

Ketika menyuraikan perhimpunan BERSIH 2.0, polis menggunakan gas pemedih mata dan meriam air berkimia.

Dalam satu sidang media pada jam 6 petang, Ketua Polis Negara Ismail Omar menafikan bahawa terdapat kes kematian dalam perhimpunan BERSIH 2.0.

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.