Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUKANKAH RUGI 1 BILLION ?

Himpunan 9 Julai: Persatuan peniaga dakwa rugi RM100 juta

July 10, 2011
 
KUALA LUMPUR, 10 Julai — Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil Dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah mendakwa perhimpunan semalam menyebabkan peniaga kecil di sini kerugian kira-kira RM100 juta.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan menuntut pembaharuan pilihan raya manakala Pemuda Umno pula menganjurkan perhimpunan balas memprotes gabungan itu.

Beliau berkata perhimpunan yang bermatlamat mencemarkan imej Malaysia itu, melenyapkan pendapatan harian lebih 5,000 keluarga peniaga kecil dan sehubungan itu, khidmat guaman percuma akan disediakan bagi membolehkan perkara itu dibawa ke mahkamah.

“Kita nak tuntut kerugian semua peniaga yang hilang pendapatan semalam daripada pihak penganjur,” katanya dipetik Bernama Online hari ini.

Mohd Ridzuan berkata pihaknya akan turun padang untuk menyiasat perkara itu sehingga hujung bulan ini, dan meminta semua peniaga membuat laporan polis berhubung kerugian yang dialami serta menyerahkannya kepada bilik gerakan sementara yang diwujudkan di kawasan Masjid India...

“Kami menjangka setiap seorang peniaga mengalami jumlah kerugian sebanyak RM10,000. Kita sudah ada seorang peguam, dan dua lagi menunggu untuk membantu kita dalam hal ini,” katanya.

1 orang berkata:

Anonymous said...

ini lagi sekor anjing kurap umno

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.