Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK PE LAYAN DULU !

Zaid minta Bersih 2.0 jangan beri BN ruang isytihar darurat, gantung pilihan raya

KUALA LUMPUR, 4 Julai — Presiden parti Kita Datuk Zaid Ibrahim meminta sekretariat Bersih 2.0 agar mempertimbangkan semula rancangan mahu mengadakan perhimpunan Sabtu ini memandangkan pihak berkuasa boleh melakukan apa sahaja termasuk menggantung pilihan raya umum.

Dalam surat terbuka dihantar kepada Pengerusi Bersih 2.0 Datuk S. Ambiga, yang diedarkan menerusi laman web parti itu, Zaid berkata, beliau berharap Himpunan Bersih 2.0 tidak diteruskan jika tiada permit polis.
“Pihak berkuasa sudah pun mengatakan bahawa mereka akan menggunakan apa sahaja cara untuk menghalang perhimpunan daripada diadakan. Mereka sudah pun menggunakan Ordinan Darurat untuk menahan enam pemimpin Parti Sosialis Malaysia.

“Saya percaya mereka akan menggunakan hukuman lebih teruk ke atas mereka yang melanggar perintah mereka. Mereka mungkin akan mengisytiharkan darurat. Tidak akan ada pilihan raya umum. Mengapa mesti berikan ruang untuk bertindak begitu?” kata beliau.

Sambil mengakui bahawa sistem pilihan raya ada kecatatan, kata Zaid, “jangan rosakkan peluang terakhir.”
“Meskipun kita bersedia untuk menghadapi polis di jalan, kemudian menghadapi tentera, kita mungkin akan hilang semua. Saya minta timbang semula,” katanya lagi.

Kata Zaid, kerajaan pusat semasa tidak pasti dengan populariti mereka dan jika Bersih 2.0 berjaya dalam menarik kumpulan peserta yang besar bermakna BN bimbang akan tewas dalam pilihan raya umum ke-13

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.