Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BANYAK SANGAT KELENTONG SPR NIH

3.0 ???


SPR harus dibersihkan

Posted on Tuesday, August 02 @ 01:08:12 PDT by tokdalang

Umum mengetahui tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) padhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCKaoJXvfPMsSbRi6bUYpqAdMPu1gbk_2W2-dMMdYg4_IhbdjWKnUNcHluRtNXdtQFHf0uO6p4pMJMzF6gXnJGuR5G-R-XzqPLjfEDy9wa0bwqXRHXjCvQGgrYGrTRhZNAWoyif4NOVumQ/s320/hatta_ramli.jpga 9 Julai lalu untuk menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adilDalam sebuah akhbar harian bareu ini lalu SPR telah menjawab empat daripada lapan tuntutan tersebut iaitu, pembersihan senarai undi, undi pos, penggunaan dakwat kekal dan masa kempen minima 21 hari.

Bagi menjawabkan balik jawapan SPR itu Wartawan ROY RASUL, menemubual Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli di Pejabatnya . 

WARTAWAN: Baru-baru ini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjelaskan tuntutan Bersih 2.0 mengenai isu bersihkan senarai daftar pemilih kepada sebuah akhbar tempatan mengatakan isu pengundi hantu yang dikaitkan dengan daftar pemilih hanya bersifat tohmahan.

SPR mengata sudah beberapa kali mereka menjelasnya termasuk kepada media, parti politik dan pelbagai pihak. 

Namun katanya mereka sengaja bertujuan untuk memburukkan SPR sedangkan tidak ada bukti pun dibuktikan kepadabadan tersebut. Jadi apakah benar dakwaan SPR itu. 

DR HATTA: Kita menuntut supaya senarai pemilih itu dibersihkan kerana beberapa perkara antaranya seperti yang didedahkan dan dibuktikan senarai itu ada nama-nama orang yang berada dalam satu alamat. 

Ramai yang berada dalam satu alamat jadi perkara itu menimbulkan satu masalah siapa yang memasukkan mereka dalam senarai pemilih tersebut.

Walaupun ternyata kalau dikesan ada kad pengenalan dan sebagainya tetapi menimbulkan tandatanya sama ada mereka ini mempunyai status alamat yang betul dalam senaraitersebut. 

Kalau tidak mereka ini boleh dianggap sebagai pengundi-pengundi yang tidak wajar berada dalam senarai tersebut ataupun ia seolah-seolah pengundi hantu. 

Senarai itu juga mempunyai ramai nama yang di luar batas umur, ertinya seperti mana yang berlaku di negeri Perak. 

Kerana ada orang yang berumur lebih daripada 100 tahun. Begitu juga dengan orang yang telah meningggal dunia dan masih ada lagi dalam senarai tersebut. 

Jadi kalau tidak dibersihkan daripada senarai ini ia boleh digunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan semasa pilihan raya. Sebab jentera parti misalnya bukan tugas kita untuk membersihkan daftar pemilih itu.

Kita masuk pilihan raya dengan harapan daftar itu sedia bersih tetapi apabila diselidik dan dikaji timbul perkara semacam ini menyusahkan parti-parti politik. 

Kerja kita banyak lagi dan hendak perkenalkan perjuangan kita bukan hendak memeriksa sehingga hendak memastikan perkara tersebut. 

Semua maklumat ini ada pada SPR bukan pada parti sebab itu kita menuntut supaya SPR melaksanakan tugasnya. 

Jika SPR bagi nama-nama tersebut kepada kita ini meletakkan kepada kita. Parti politik boleh buat tetapi yang mana kita dapat kesan orang yang sudah meninggal tetapi orang lain . 

Kita tidak dapat kesan kerana kita tidak ada daftar kematian. Itu semua ada di jabatan-jabatan kerajaan. 

Kerana itu kita hendak SPR supaya mengambil tindakan agar tidak timbul pengundi-pengundi yang sedemikian. 

Kemudian kita mempunyai pandangan syak yang wajar kerana kita berkeyakinan dalam laporan-laporan melalui pendaftaran negara, kad pengenalan seperti operasi yang memberikan kad pengenalan dan mendaftarkan mereka sebagai pemilih. 

Jadi perkara-perkara seperti ini kita mesti dapat SPR untuk melaksanakan pembersihan dan kita sendiri tidak boleh buat. Sebab itu kita menuntut dan erkara ini bukan kita sengaja timbulkan.

Begitu juga mengenai mengundi dua kali dan kita mempunyai perasaan syak yang tinggi sebab itu kita menuntut untuk mengelakkan ini berlaku ia tidak ada cara lain melainkan penggunaan dakwat kekal. Paling tidak pun untuk hari mengundi boleh mengundi dua kali.

Jadi modus operandinya bukannya susah untuk kita fikirkan dan kalau SPR kata kita tidak ada kes yang dibawa pengundi dua kali ini sudah pastinya sebab mereka terlepas daripada kawalan kita dan tidak ada cara untuk menghalang. 

Mereka yang boleh keluar mengundi sekiranya mereka mempunyai dua yang kad pengenalan yang berbeza dan ini semua mesti dilaksanakan perbersihan oleh SPR ataupun menggunakan dakwat kekal. 

Dakwat kekal akan dapat segera menghalang mana-mana pihak yang cuba untuk megundi dua kali. 

Menyentuh mengenai dakwat kekal ini dia kata penggunaan dakwat kekal ini terpaksa dibatalkan atas beberapa sebab antaranya faktor keselamatan seperti mana pada tahun 2008 dahulu cadangan tersebut didapati bercanggah fasal (1) Perkara 119 Pelembagaan Persekutuan yang menjamin hak seseorang pemilih berdaftar untuk mengundi.
 
SPR juga memberitahu mereka mencari kaedah lain maksudnya atas faktor keselamatan Apa pandangan doktor? 

Ini menunjukkan ketidaktelitian kalau mereka menggunakan alasan perlembagaan untuk menghalang hanya tiga hari sebelum hari mengundi pada 2008. Ini jelas melambangkan ketidaktelitian SPR tidak mengkaji terlebih dahulu. 

Cuma saya hendak persoalkan keraguan mereka dari segi pihak untuk mengundi yang dikhuatirkan SPR ketika itu ada pihak -pihak tertentu untuk menghalang orang -orang kampung dengan membawa dakwat itu sehingga menyebabkan mereka itu tidak boleh mengundi. 

Saya rasa ini satu andaian yang tidak masuk akal kerana kita tidak boleh mengandai pengundi sampai begitu tiba-tiba orang datang hendak ambil kad pengenalan hendak celup dakwat .
Ini satu andaian yang perlekehkan rakyat Malaysia. 

Kalaulah jahil sangat dalam bab itu, tetapi penting mereka yang datang itu apabila telah mengundi tentunya mereka tidak boleh mengundi sekali lagi. 

Kalau ada kes misalnya dikhuatiri orang-orang tua akan datang dengan dakwat melekat di jari dan ada pihak tertentu yang telah cuba untuk menghalang mereka mengundi. 

Kita mendakwa ada sesuatu yang berlaku dalam pergerakan pengundi memindah pengundi pada hari mengundi itu bukan untuk orang-orang tua tetapi sedikit-sedikit yang menggunakan tenaga untuk pengguna, Orang tua ini kita tahu kalau dia belun mengudi orang kampung kenal dia tetapii masalah mereka ini mengundi dua klia . 

Kita kenal mak cik atau pak cik , ertinya kalau ini boleh dikesan ada kes membirukan ibu jarisebelum mengundi jadi ini boleh dikesan 

Tidak mungkin kita akan terperangkap dengan isi ini. Jadi itu hanya alasan SPR untuk mengelakkan penggunaan dakwat kelal pada pilihan raya yang lalu mereka mencadangkan perkara lain iaitu biometrik . 

Biometrik ini kita parti politik tdiak dapat mengawal isu ini maknanya kita tidak ada satu daftar sebenar.
yang ada mungkin JPN dan kita rasa mereka yang ada ini semua apda parti dasar-dasar ini kerana mereka ada kad pengenalan. 

Cuma yang kita tidak mahu ini apabila setiap pengenalan itu seperti setengah yang dilaporkan ada yang mempunyai kad pengenalan tentera dan ada yang ada kad pengenalan awamnya, boleh undi dua kali. 

Jadi dalam biometrik ini mereka berlainan dan mereka tidak akan terkesan oleh sistem ini. Ia merujuk dalam daftar yang berlainan . 

Mungkin mereka daftar dalam tentera dan JPN. Jadi sukar untuk dikesan, Tetapi kalau orang telah dicelup dakwat satu kad pengenalan itu mereka tidak boleh lagi mengundi untuk kali kedua. 

Tentang undi pos pula SPR mendakwa masih relevan sebabnya jika akta sistem undi pos dihapukkan ia boleh menjejaskan keselamatan dan ketenteraman awam. 

Ini kereka anggota tentera tidak menjalankan tanggungjawab keranan terpaksa berada di pusat pengundian. Jadi boleh doktor terima alasan itu.

HATTA: Saya rasa kita bukan dalam keadaan perang atau sebagainya, Sejak kebelakangan ini tidak ada sebab mengapa mereka tidak boleh turun meengundi sama-sama dengan orang lain. 

Kalaupun tempat mengundi di satu tempat kerana mereka berkhidmat dan saya rasa khidmat yang dibuat oleh Bersih. 

Ia tidak ada sistem yang boleh dilihat menakutkan atau memberi kawalan yang kepada pengundi-pengundi sehingga mereka gagal untuk mnegundi.

Maknanya prosesnya dibuat secara berlebih-lebihan sampai memerlukan sampul sehingga boleh disalahgunakan proses tersebut. 

Jadi saya minta kau hendak mengundi di tempat mereka biar kita sama seperti orang lian . 

tetapi bila prpses itu disusahkan dengan pelbagai langkah ia menimbulkan rtasa gusar dan takut pengundi-pengundi pos itu undi mereka boleh dikesan. 

Kita mahu kertas undi itu dikeluarkan kepada pengundi bukan kepasa pemerintah misalnya.
yang boleh menjejaskan hak pengundi. 

Isu masa kempen minima 21 hari pula SPR mengatakan peruntukan undang-undang sedia ada memberi kuasa kepada SPR menentukan tempoh berkempen dengan syarakat tidak kurang daripada tujuh hari. 

SPR mengambil kira bebebrapa faktor seperti iklan politik, perihal keselamatan dan ketenteraman awam serta pandangan daripada pelbagai pihak termasuk parti politik dan rata-rata bersetuju dalam kempen yang ada sekarang. Jadi masalah pula bagi PAS sendiri? 

Kita tidak menolak tuntutan Bersih itu kerana bagi setengah-tengah pihak dalam keadaan media yang tidak seimbang penggunaan jentera kerajaan oleh satu pihak tentukan tidak adil bagi sesetangah calaon. 

Kalau kita hanya ada tujuh atau lapan hari terlalu pendek untuk kita perkenalkan calon kita kepada rakyat. 

Kalau satu pihak menggunakan jentera kerajaan mudah mereka ake sana ke mari untuk laksanakan kempen perkenalkan calon. Ini realitinya itu yang berlaku. 

Jika kempen itu dipanjangkan sertinya ruangbergerak dapat diebrikan kepada pihak lain. Setengah pihak misalnya menggunakan helikopter untuk beregerak ke sana ke mari. 

Pihak tertentu menggunakan jentera kerajaan walaupun tempoh yang pendek dia boleh pergi di banyak tempat, 

Tetapi bagi setengah pihak lain khususnya yang tidak ada kemudahan tersebut ia berasakan tempoh lapan itu terlalu pendek untuk pergi ke seluruh tempat terutamanya bagi pemimpin untuk membantu di seluruh negara. 

Ini mungkin masa yang agak panjang itu dapat memberikan sedikit kelegaan kepada sebahagian calon. Tuntutan itu juga munasabah

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.