Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Bersihkan dulu

Haram jika Najib panggil PRU-13 tanpa reformasi pilihan raya, kata Nurul

August 02, 2011
KUALA LUMPUR, 2 Ogos — Pemimpin Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak mengadakan pilihan raya umum ke-13 tanpa melakukan pembaharuan pilihan raya yang dituntut rakyat termasuk janjinya Ahad lalu.

Ahad lalu, Najib berkata beliau juga komited untuk menangani isu pengundi hantu menjelang pilihan umum ke-13 — salah satu aspek yang ditekankan oleh pembangkang selama ini.

Kata Perdana Menteri, sistem biometrik yang akan diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menjadi kaedah terbaik mengatasi perkara itu yang sentiasa dibangkitkan oleh pembangkang.

Justeru kata Najib, pentadbirannya juga mahu memastikan agar transformasi pilihan raya dilakukan SPR.

Sehubungan itu tegas Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar), adalah tidak bermoral dan haram bagi Najib untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 tanpa melaksanakan refomasi pilihan raya yang perlu bagi memastikan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Pilihan raya yang bersih dan adil merupakan prasyarat di dalam sistem demokrasi  yang moden; ke arah mereleasasikan mandat sebenar daripada para pengundi untuk memilih kerajaan yang memerintah hari ini.

“Oleh itu, saya ingin menyatakan bahawa jika YAB dan BN dipilih secara bebas dan adil sebagai kerajaan, maka menjadi tanggungjawab saya untuk berkhidmat sebagai pembangkang yang setia kepada negara,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Nurul Izzah juga berkata, sebagai peringatan dan imbauan sejarah, rakyat tidak pernah memilih Najib sebagai perdana menteri dan oleh itu, peluang untuk melaksanakan reformasi pilihan raya menyeluruh ini merupakan peluang terbaik untuk menerima mandat dari rakyat untuk memerintah.

“Pelaksanaan reformasi pilihan raya yang berani ini juga memberi isyarat bahawa YAB (Najib) tidak lagi terbuka kepada ugutan oleh elemen-elemen pelampau berhaluan kanan yang telah menyekat refomasi untuk Malaysia yang lebih baik.

Wakil rakyat penggal pertama ini berkata Najib juga perlu menyelami hati nurani dengan menyedari bahawa pelaksanaan reformasi sistem pilihan raya akan memastikan beliau mendapat pengesahan daripada rakyat bukan daripada mereka yang ingin merampas “takhta politik YAB.”

Katanya, dengan melaksanakan tanggungjawab moral ini, YAB secara efektif memenuhi syarat-syarat di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

“Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB sekurang-kurangnya kerana menyenaraikan  refomrasi pilihan raya sebagai perkara yang memerlukan tindakan segera dan secara jujur berharap YAB akan melaksanakan lapan tuntutan yang dibuat oleh Bersih 2.0 sebelum pilihan raya umum ke-13,” kata beliau lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.