Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BEBAS ESOK

ISA: Lapan pegawai imigresen bebas esok

TERKINI @ 06:44:50 PM 01-08-2011
August 01, 2011
 
KUALA LUMPUR, 1 Ogos – Lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) antara 10 hingga 12 Oktober lalu kerana disyaki terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia akan dibebaskan secara berperingkat mulai esok.

Sebagai permulaan tiga orang akan dibebaskan esok manakala empat lagi dibebaskan dalam masa terdekat.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini.
Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno berkata pembebasan itu dilakukan selepas Kementerian Dalam Negeri mendapati semua tahanan terbabit menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang mereka lakukan.

“Saya telah memutuskan untuk membebaskan lapan pegawai Jabatan Imigresen yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri antara 10 hingga 12 Oktober tahun lalu, kerana disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia di negara ini.

“Pembebasan ini dibuat setelah Kementerian Dalam Negeri mendapati bahawa semua tahanan ini telah menunjukkan kesedaran dan keinsafan atas kesilapan yang telah mereka lakukan dan berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan serta telah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak polis dalam usaha untuk memerangi kegiatan penyeludupan manusia di negara ini,” katanya lagi.

Kata beliau, penahanan mereka dibuat selaras dengan pendirian kerajaan untuk mempertahankan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini sekali gus bagi membolehkan siasatan lanjut dan menyeluruh dibuat khususnya terhadap kegiatan sindiket penyeludupan warga asing dan urusan keluar dan masuk dari negara ini.

“Tindakan ini juga dilakukan selaras dengan hasrat kerajaan untuk membuktikan kepada masyarakat di negara ini serta masyarakat antarabangsa bahawa Malaysia amat komited dalam memerangi aktiviti penyeludupan manusia.

“Dalam hubungan ini, pihak berkuasa di Malaysia akan mengambil tindakan tegas untuk menghalang sebarang usaha untuk menjadikan negara ini sebagai ‘transit point’ bagi kegiatan ini,” katanya lagi.

Hishammuddin berkata, pada masa yang sama beliau ingin mengingatkan pegawai serta kakitangan yang diamanahkan untuk menjaga keselamatan di pintu masuk negara, agar melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh amanah.

“Jangan sesekali bertindak mengkhianati negara ini semata-mata ingin mengejar kemewahan hidup. Tidak tolak ansur ke atas mereka yang mengkhianati amanah negara,” katanya.

Semalam Hishammuddin berkata, kerajaan telah menghantar pulang dua individu yang ditahan di bawah ISA kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas, Pembebasan Harimau Tamil Eelam (LLTE) ke Sri Lanka baru-baru ini.

Jumaat lalu, polis membebaskan enam anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) daripada tahanan di bawah Ordinan Darurat.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.