Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DAH MULA MELAGA-LAGAKAN PAS DAN PKR


Khamis, 25 Ogos 2011

ISU LYNAS - TUDUHAN DR CHE ROSLI TERHADAP PKR MELAMPAU

Oleh: WFAUZDIN NS

TV 3 selalunya kurang dipercayai atau langsung tidak dipercayai sekiranya menyiarkan berita atau laporan yang melibatkan Pakatan Rakyat. Seringkali berita yang disiarkan itu diselewengkan dari segi fakta atau diputarbelitkan agar rakyat terkeliru dengan Pakatan Rakyat, sekaligus menguntungkan kerajaan yang memerintah.

Namun, ada kalanya berita yang disiarkan itu perlu kita kaji dan memberikan jawapan sebenar agar rakyat tidak terkeliru walaupun jawapan kita itu pastinya tidak akan mendapat liputan dari media berkenaan. Pakatan Rakyat perlu menjawabkan dengan menggunakan segala saluran media alternatif yang kita ada. Sebagai contoh, terbaru adalah isu Lynas di Gebeng, Kuantan.


Memetik sumber dari Pahang Daily, Laporan dari TV 3 di dalam Buletin Utamanya kelmarin, isu Lynas dibangkitkan dengan laporan pengacara sensasi Karam Singh Walia antara lain laporan berkenaan mendedahkan bahawa kilang memproses "rare earth" milik Lynas Corporation Australia yang dijangka akan memulakan pra-operasinya di kawasan Perindustrian Gebeng pada September ini adalah selamat.

Apa yang mengejutkan kita adalah disebutkan bahawa seorang Ahli Parlimen dari PAS iaitu Dr Che Rosli Che Mat (Saintis Nuklear) yang merupakan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang mewakili Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi kawasan Hulu Langat, Selangor membuat kenyataan seperti berikut, "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya.
Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiationlah apa semua macam-macam. Dia spin.""Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah", katanya (Pahang Daily).

Pertamanya, saya mahu persoalkan benarkah yang hanya membawa isu ini adalah PKR sepertimana yang disebut oleh Dr Che Rosli? Setahu saya, terlalu banyak pemimpin PAS juga bercakap menentang projek Lynas ini, dan di Pahang termasuk Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri iaitu Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man. Bahkan, ramai pemimpin dari MCA juga turut menentang projek Lynas ini. Mengapa mahu diletakkan beban ke atas PKR sahaja? Di mana sikap tanggungjawab beliau mengulas isu ini?


Saya tidak pertikaikan kebenaran atau fakta yang dibawa oleh Dr Che Rosli jika selaku Saintis Nuklear beliau lebih arif di dalam hal ini. Tetapi, beliau ternyata tidak arif di dalam kesepakatan kita di dalam Pakatan Rakyat. Beliau boleh berhujah untuk menyokong Lynas, tetapi tidak perlu beliau meletakkan segala kesalahan ke atas PKR sahaja sedangkan di Pahang, Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP sepakat mengambil keputusan menentang projek Lynas. Silapnya beliau adalah tidak berani dari awal untuk menyatakan hujahnya dalam isu ini bukan sahaja kepada Pakatan Rakyat, bahkan kepada parti beliau sendiri. Apabila rakyat telah dimaklumkan tentang bahayanya Lynas ini, dan kempen anti-Lynas telah lama berjalan terutamanya di Pahang yang dijalankan oleh PKR, PAS dan DAP, baru sekarang beliau menyalahkan PKR. Di mana kewibawaan beliau selama ini?


Oleh kerana beliau telah mendedahkan sedemikian, maka Pakatan Rakyat harus menilai semula hujah dan fakta dari MP ini. Kita tidak mahu isu ini dipolitikkan dan rakyat dikelirukan. Pakatan Rakyat perlu peka dengan pendedahan dari Dr Che Rosli ini kerana beliau adalah MP dari Pakatan Rakyat yang secara terang-terangan menyokong projek Lynas tersebut. Tidak salah jika kita menerima pakai pendapat beliau, dan tidak salah jika kita menolak pendapat beliau tetapi mestilah berfakta. Cuma, PAS juga perlu respon kepada tuduhan Dr Che Rosli bahawa hanya PKR sahaja yang bersungguh-sungguh menentang Lynas, kerana tuduhan beliau ini amat berat seolah-olah menghina perjuangan PAS di Pahang selama ini.


Kita harap di dalam masa yang terdekat ini, Pakatan Rakyat harus menilai semula pendiriannya berdasarkan pendedahan dari Dr Che Rosli. Apa yang perlu kita tahu, penentangan terhadap projek Lynas bukan hanya datang dari PKR sahaja tetapi turut disokong kuat oleh PAS dan DAP termasuk beberapa pimpinan MCA di Pahang dan beberapa NGO yang lain. Tentu lebih baik jika Dr Che Rosli menarik balik tuduhannya terhadap PKR agar tidak menjejaskan kerjasama Pakatan Rakyat di Pahang yang amat jitu sekarang ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.