Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KERJA RENGAN DULU !

MB Kedah jalani ‘angioplasty’ buka saluran jantung sumbat

August 03, 2011
ALOR SETAR, 3 Ogos – Kesihatan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kini semakin stabil dan beliau akan menjalani prosedur “angioplasty” bagi membuka saluran jantungnya yang tersumbat.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Pembangunan Insan Sains dan Inovasi, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kedah, Dr Ismail Salleh berkata, selepas dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Jumaat lepas, Azizan telah menjalani prosedur angiogram untuk mengesan saluran yang bermasalah.

“Ada satu saluran tersumbat, beberapa prosedur dan pemeriksaan perlu dilakukan ke atas Datuk Seri Azizan sebelum angioplasty dilakukan, dan saya rasa mungkin sebulan lagi baru boleh buat correction (pembetulan saluran yang tersumbat) itu,” katanya dipetik Bernama Online.

Ismail berkata, sementara menunggu prosedur angioplasty dilakukan, Azizan akan dapat bertugas seperti biasa dalam tempoh seminggu lagi, namun beliau dinasihatkan supaya mengehadkan tugasan di luar pejabat.
“Saya rasa hari ini atau pun esok beliau akan dipindahkan dari CCU (Cardiac Care Unit) ke wad biasa dan kemudian dibenarkan balik. Dalam seminggu lagi sudah boleh memulakan tugas-tugas di pejabat tapi perlu dihadkan,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.