Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kriteria imkanur rukyah untuk tentukan syawal

Jakim: Tiada isu sambut 1 Syawal, Malaysia guna rukyah dan hisab

August 24, 2011
KUALA LUMPUR, 24 Ogos — Malaysia menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehcerapan) untuk menentukan awal Syawal.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Othman Mustapha berkata perbezaan penentuan tarikh hari raya antara negara-negara Islam termasuk Malaysia disebabkan wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan).

Perkara itu juga bergantung kepada penentuan pihak berkuasa agama di negara masing-masing sama ada menggunakan kaedah rukyah sahaja, hisab sahaja atau kedua-duanya, katanya dalam satu kenyataan.

Dipetik Bernama Online kata beliau, tidak timbul isu bagi Sabah dan Sarawak tidak akan menyambut Syawal 1432 bersama-sama dengan negeri di Semenanjung Malaysia.

“Penetapan bermulanya awal Ramadan dan Syawal juga adalah tertakluk kepada pengisytiharan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,” katanya.

Bagi negara Brunei, ketetapan awal bulan di negara itu berpandukan kepada rukyah dan penentuan awal Syawal akan dilakukan pada 29 Ramadan bersamaan 30 Ogos 2011 dan akan menyambut hari raya puasa pada 31 Ogos, menurut kenyataan itu.

Oleh itu Jakim berharap semua rakyat Malaysia beragama Islam sama ada di Semenanjung atau Sabah dan Sarawak mematuhi keputusan pengumuman Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Semalam, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.