Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG SEKULAR MANA NAK IKUT BASIHAT ULAMA



Rabu, 24 Ogos 2011

Video : Saya pernah syor Mahathir ‘tak pecat, tak tuduh Anwar liwat’-Harussani





SHAH ALAM, 24 Ogos ─ Menyingkap kembali peristiwa 13 tahun lalu, Tan Sri Harussani Zakaria mendedahkan beliau pernah cuba untuk bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad agar tidak memecat dan juga tidak mengenakan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
 
Namun jelas Mufti Perak (gambar) ini, bekas perdana menteri itu enggan menemui beliau.

“Saya, banyak perkara suruh Dr Mahathir berhenti (tidak lakukan), tapi ada tiga perkara beliau tidak mahu berhenti, yang pertama bila nak pecat, Anwar saya ditahan daripada jumpa perdana menteri.

“Saya kata kepada pembantu (Dr Mahathir) pecat Anwar pengaruh bukan sikit boleh pecah Melayu... bila nak buat tuduhan liwat, saya kata kalau nak pecat Anwar (dari timbalan perdana menteri) buat rombakan Kabinet, letak di kementerian lain... tapi saya tidak dibenarkan jumpa perdana menteri,” katanya pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti hari ini.

Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada September 1998. Kemudian beliau berhadapan dengan kes salah guna kuasa dan liwat.

Anwar, Ketua Umum PKR, menghadapi tuduhan liwat kali pertama pada 1998 yang dikaitkan dengan beberapa individu yang rapat dengannya seperti Azizan Abu Bakar dan Sukma Darmawan.

Kes itu telah mencetuskan kegemparan di seluruh negara dan dunia terutamanya masyarakat Melayu kerana tokoh itu dijatuhkan dengan tuduhan yang terlalu serius.

Anwar kini berdepan dengan satu lagi tuduhan liwat yang melibatkan pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan - kes masih dalam perbicaraan.

Tegas Harussani, tindakan Mahathir memecat Anwar telah menyebabkan perpecahan orang Melayu.

“Saya kata pecat Anwar pecah Melayu, saya juga minta jangan buat tuduhan liwat . . . saya kata kalau tiada saksi buruk padahnya,” katanya.

Turut menjadi ahli panel wacana ialah Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya. Wacana itu dipengerusikan bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Harussani juga berkata umat Islam wajib berjihad mempertahankan akidah agama dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja awal bulan ini.

Ini kerana jelas beliau, agama bukan Islam tidak dibenarkan untuk disebarkan kepada umat Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Soal akidah kita tidak boleh main-main, kita perlu berjihad . . . kalau tidak berjihad habis kita,” katanya.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu.TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.